saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/05/2008

Majalah membentuk budaya membaca

MEMBACA adalah pintu kepada penerokaan ilmu. Sesuatu bangsa yang berjaya, adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cintakan ilmu. Maka dengan ilmulah bangsa itu akan bangun dan mewujudkan sebuah tamadun yang cemerlang.

Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah dan senang didapati ialah majalah. Maka lambakan majalah di pasaran adalah satu petanda yang sihat.

Majalah selalunya diterbitkan setiap bulan. Fokus setiap majalah adalah berlainan dan unik setiap satunya.

Misalnya, ada majalah yang membicarakan tentang dunia Islam. Ada juga yang menjadikan artis dan hiburan sebagai fokus utama.

Tidak kurang juga yang menjadikan sesebuah hobi itu sebagai fokus utama mereka, seperti hobi fotografi, kereta dan sebagainya.

Bagi masyarakat Malaysia yang seringkali dikaitkan dengan kurangnya membaca, kehadiran sesebuah majalah mungkin dapat membantu menghasilkan gelombang membaca.

Kemungkinan salah satu sebab utama untuk tidak membaca ialah kerana kesuntukan masa yang seringkali dikaitkan dengan kerja dan kesibukan kehidupan di kota-kota.

LetihBuku-buku tebal yang kurang nampak menarik juga menjadi antara faktor 'malas membaca' kerana minda yang letih setelah kepenatan bekerja.

Jadi seharusnya disediakan satu bentuk alternatif. Majalah yang ditulis ringkas, padat dan menarik adalah antara pilihan yang terbaik. Ia bukan sahaja nipis, malah bentuk tulisan dan foto-foto berwarna-warni akan menarik seseorang pembaca untuk terus menyelak dan membaca. Sudah tentu, ia boleh dibawa ke mana-mana. Sambil menunggu bas, atau semasa berada di LRT, majalah lebih mudah dibawa dan dibaca.

Isu-isu yang menjadi fokus setiap bulan juga perlu lebih bijak ditulis. Ada juga majalah yang menjadikan isu-isu semasa di dalam masyarakat sebagai fokus utama mereka. Ia perlu dikupas dengan ilmu.

Teori-teori 'berat' yang selalunya berada di dalam sesebuah buku tebal perlu dikupas bersesuaian dengan sesuatu isu, dan tentunya ia perlu ditulis secara bijak di dalam sesebuah majalah.

Hal ini akan menjadikan membaca sebagai salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa masyarakat.

Kemungkinan masyarakat kita yang lebih terarah kepada hiburan dan artis, yang menyebabkan majalah-majalah berunsur hiburan begitu laku. Sama ada yang berbahasa Melayu mahupun yang berbahasa asing.

HobiManakala majalah-majalah yang memfokuskan hobi sebagai subjek utama mereka juga tidak boleh dilihat dari sebelah mata sahaja. Ia begitu penting sebagai makanan utama kepada perkembangan hobi mereka.

Hobi, yang seringkali dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang juga boleh dikategorikan sebagai salah-satu kaedah untuk menenangkan kekusutan.

Untuk memastikan sesebuah masyarakat membaca, pelbagai kaedah yang kreatif, mudah dan murah perlu sentiasa diperkenalkan. Tentunya majalah boleh menjadi jenteranya.

Apabila sesuatu tulisan itu dapat menarik pembacanya, tidak mustahil bagi pembaca-pembaca yang inginkan lebih maklumat mengenai sesuatu perkara yang telah diperbincangkan di dalam majalah tersebut akan mencari punca-punca kepada idea-idea penulisan itu.

Sudah tentu buku adalah rujukan terakhir mereka. Seterusnya akan memungkinkan buku-buku akan dibaca.

Cuma, penerbit majalah perlu lebih peka dengan matlamat utama penerbitan sesuatu majalah itu. Sudah tentu matlamat utama kepada sesebuah penerbit ialah untuk keuntungan.

Tetapi, sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, tentunya masyarakat dan ilmu seharusnya menjadi matlamat utamanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.