saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 12/05/2008

Penduduk bantah pesta liar


Parti arak dan berpakaian separuh yang diadakan oleh segolongan remaja menjadi punca kemarahan penduduk setempat di Port Dickson, semalam.


PORT DICKSON 11 Mei - Sebuah jawatankuasa bertindak yang mewakili penduduk bandar pelancongan ini melahirkan rasa kesal dengan Pesta Pantai yang berlangsung hujung minggu lalu yang mereka sifatkan telah mencemarkan imej dan budaya rakyat negara ini.

Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Penganjuran Beach Party Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad berkata, kejadian menjijikkan itu bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam serta budaya masyarakat Malaysia tetapi juga menyumbang kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial.

Katanya, Beach Party yang didakwa mendapat permit itu ternyata telah disalahgunakan oleh pihak penganjur.

"Ramai yang datang itu terdiri daripada generasi muda dan sebahagian besarnya adalah orang Melayu dan kaum Cina. Saya kesal perkara ini berlaku kerana ia sudah dua kali dianjurkan oleh beberapa resort dan syarikat rokok di Batu 5, Port Dickson," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohamad Nor, pihaknya sebelum ini telah menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan.

Memorandum yang turut ditandatangani Persatuan Penduduk Taman Aneka, Batu 9, Jalan Pantai di sini mendakwa permit hiburan menganjurkan pesta berkenaan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan perlu dibatalkan demi kebaikan generasi muda.

"Apa yang kita bimbangkan sudah berlaku di Port Dickson. Ramai golongan muda dilihat bersekedudukan. Mereka berpesta tanpa had, tanpa pakaian, dengan tin dan botol minuman keras merata-rata.

"Saya tidak tahu mengapa gejala ini dibenarkan dalam usaha kita mempromosikan bandar pelancongan Port Dickson," ujarnya dalam nada kesal.

Mohamad Nor berkata, apa yang berlaku itu bukan budaya rakyat Malaysia.

Kerajaan, tegas beliau, sepatutnya mengambil tindakan memberhentikan pesta pantai liar itu.

"Saya telah pergi ke pejabat pihak berkuasa tempatan dan bertanya mengenai permit acara tersebut. Pegawai di situ memaklumkan kepada saya ia cuma sebuah pesta muzik.

"Bagaimanapun, daripada pemerhatian, ia sebenarnya bukan pesta muzik tetapi pesta liar yang turut menyajikan arak kepada generasi muda serta membawa penghibur dari luar negara," katanya.

Dalam memorandum yang dihantar itu, majlis bertindak itu mendakwa sebuah pertubuhan yang berpusat di Kuala Lumpur telah merancang untuk mengadakan pesta tersebut pada hujung minggu lalu dengan kerjasama beberapa resort di sekitar bandar ini.

"Kami memandang serius perkara ini. Majlis bertindak ini yang dianggotai pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan keagamaan dan masyarakat sekitar Port Dickson bersepakat membantah penganjuran pesta berkenaan. Kami dapati ribuan remaja dari seluruh negara datang menghadiri pesta liar ini.

''Kami sifatkan pesta itu sebagai mencemarkan budaya serta tata susila masyarakat setempat serta mengundang masalah sosial serta maksiat," kata Mohamad Nor.

Sementara itu, polis mengesahkan festival muzik yang dianjurkan sebuah pertubuhan di sini baru-baru ini merupakan festival bertaraf antarabangsa.

Program itu berlangsung tanpa sebarang kekacauan serta mendapat permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, pihaknya bertegas dalam soal keselamatan sepanjang penganjuran festival muzik itu.

Polis melakukan pemeriksaan rambang dan menahan 41 orang yang disyaki terlibat dengan dadah.

"Kesemua mereka kini ditahan untuk siasat lanjut kerana kita tidak bertolak ansur dalam aspek penguatkuasaan undang-undang," kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Mazlan memberitahu, polis dimaklumkan bahawa festival itu berkonsepkan hiburan dan muzik serta mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

Bagaimanapun, beliau difahamkan wujud penjualan minuman keras dalam tin secara terbuka sepanjang festival itu berlangsung.

Katanya, pihak penganjur dan polis tidak menerima sebarang laporan insiden pergaduhan atau kekacauan yang boleh dikaitkan dengan festival tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.