saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/05/2008

Segera bina insinerator - Ali


MOHD. Ali Rustam membetulkan topeng bagi mengelakkan bau busuk dari pusat pelupusan sampah Krubong yang akan ditutup di Melaka, semalam.


MELAKA 12 Mei - Kerajaan negeri Melaka mahu pembinaan insinerator yang dicadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di negeri ini sejak beberapa tahun lalu dilaksanakan segera.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberitahu, keadaan kini semakin mendesak apabila tapak pelupusan sampah di Krubong di sini tidak lagi mampu menerima bebanan sampah harian.

''Kita telah menyediakan tapak untuk membina insinerator itu di Sungai Udang dengan kos tanah bernilai RM6.4 juta.

''Sebab itu kita mahu kementerian berkenaan dapat melaksanakan segera pembinaan insinerator ini. Lagipun, permohonan ini telah pun diluluskan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sampah Krubong di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Tamby Chik dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Yusof Jantan.

Tapak pelupusan sampah Krubong seluas 22.6 hektar mula beroperasi sejak tahun 1996 dan sehingga kini menerima 900 tan sampah sehari dan berjumlah 3.5 juta tan sejak 12 tahun lalu.

Mohd. Ali berkata, tapak pelupusan itu hanya mampu bertahan sehingga enam bulan sahaja lagi untuk menerima bebanan sampah harian.

Katanya, akibat masalah tersebut kawasan terbabit kini mengeluarkan pencemaran bau sehingga ke kawasan perindustrian di Taman Tasik Utama dan sekitarnya.

Katanya, pembinaan insinerator yang menggunakan teknologi moden itu mampu menyelesaikan masalah pelupusan sampah di negeri ini.

''Saya sudah lihat pusat insinerator di Korea dan Jepun. Ia dibina di dalam bandar bersebelahan hotel dan tidak mengeluarkan sebarang bau atau pencemaran. Malah pusat itu juga berhawa dingin,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.