saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/05/2008

'Teknologi pakej' tingkat pengeluaran padi

KUALA LUMPUR 12 Mei - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berusaha memperluaskan penggunaan teknologi membiak baka padi yang dipanggil 'teknologi pakej' bagi meningkatkan pengeluaran padi sebanyak 85 peratus di negara ini.

Melalui teknologi itu, pengeluaran padi dapat ditingkatkan keupayaannya sebanyak lapan hingga 10 tan sehektar.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Shukor Abdul Rahman berkata, teknologi itu sudah diperkenalkan dan sedang diperluaskan penggunaannya kepada para petani di seluruh negara.

Jelasnya, melalui kaedah teknologi pakej itu, para petani akan diajar mengenai teknik pembajaan yang optimum, kaedah pengairan yang betul, cara meratakan tanah dan teknik pengawalan perosak.

"Sejak tahun 1971, MARDI sudah menjalankan kajian dan penyelidikan dengan menggunakan teknik membiak baka padi bagi meningkatkan pengeluarannya.

"Dalam tempoh itu, kami sudah berjaya menghasilkan 31 jenis padi serta menemui kaedah penanaman padi terkini yang dinamakan teknologi pakej tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Shukor menambah, melalui teknologi pakej berkenaan, para petani di beberapa tempat sudah menanam beberapa jenis padi iaitu MR220, MR884 dan MR219.

Beliau memberitahu, teknologi tersebut mementingkan penggunaan penilaian peningkatan skala dan penambahan input bagi meningkatkan kuantiti pengeluaran.

"Input yang dimaksudkan adalah seperti penggunaan teknologi baru dan moden, memperbaiki teknik pengeluaran serta memberi latihan yang mencukupi kepada para petani,'' ujarnya.

Langkah lain bagi mengatasi masalah pengeluaran padi, tambahnya, MARDI ada menjalin kerjasama dengan beberapa saintis dari China dan Filipina bagi meningkatkan teknologi pengeluaran bahan makanan itu.

Katanya, pihaknya juga sedang membangunkan penyelidikan penanaman padi hybrid dan juga padi aerobik.

"Kami telah mengusahakan padi hybrid ini sejak empat tahun lalu dan keupayaan pengeluarannya amat memberangsangkan iaitu melebihi 10 tan sehektar,'' jelasnya.

Abd. Shukor memberitahu, pihaknya sedang menjalankan penyelidikan penanaman padi aerobik yang penanamannya hanya memerlukan bekalan air yang sedikit dan hanya perlu dibekalkan mengikut masa tertentu sahaja.

"Selain pengenalan kepada teknologi-teknologi baru ini, MARDI juga telah memberikan nilai tambah kepada kaedah lama kerana selain efektif, peningkatan tersebut juga dapat menjimatkan kos,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.