saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 15/05/2008

Artifak kendi didakwa ditemui di hutan balak Pahang

SEREMBAN 14 Mei - Seorang pengumpul barang artifak, Wan Ahmad Arshad mendakwa menemui sebuah artifak berupa kendi tinggalan tamadun dunia Melayu prasejarah di sebuah hutan balak di daerah Mentakab, Pahang, baru-baru ini.

Beliau yang juga pemilik Galeri Pusaka Moyang di sini, berkata, artifak kendi berkenaan ditemui tertanam di kawasan berbukit di hutan berkenaan dan masih berkeadaan baik.

''Kendi itu diperbuat daripada gangsa dan masih dalam keadaan sempurna ketika ditemui," katanya di sini kelmarin.

Menurut Wan Ahmad, reka bentuk kendi yang unik ini menyerupai seekor burung Mahawangsa, bersayap, berparuh serta bahagian pemegangnya memperlihatkan imej mengkarung.

''Jika dilihat pada bentuknya, ia adalah seekor burung berkaki empat, dan itu tidak melambangkan reka bentuk lazim artifak di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang banyak dipengaruhi oleh reka bentuk Arab, India, China, Indo-China dan Eropah," katanya.

Beliau menjelaskan, penemuan kendi itu membuktikan andaian bahawa artifak tersebut kemungkinan berasal dari Zaman Logam yang berlaku sekitar millennium pertama sebelum masihi.

''Zaman Logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa, di mana lokasi asal artifak Zaman Logam ini banyak ditemui," jelasnya.

Justeru, katanya lagi, beliau seterusnya mempelawa kurator, arkeologi dan antropologi dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan lanjut mengenai penemuan baru itu dan menghantar e-mel kepadanya di [email protected]

''Penemuan ini adalah bukti pada suatu masa dahulu, negeri Pahang merupakan sebuah pusat ketamadunan yang hebat," katanya.

Sehubungan itu, Wan Ahmad juga menyarankan agar Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara serta Jabatan Warisan Negara meneruskan usaha pengesanan artifak berharga di kawasan terbabit.

''Isu penemuan Kota Gelanggi di Johor pada tahun 2003 perlu dilihat sebagai kehebatan sejarah. Ia sebenarnya mempunyai sinonim dan ironinya dengan negeri Pahang kerana di negeri itu juga mempunyai sebuah tempat yang dikenali sebagai Kota Gelanggi.

''Kita perlu menyusur dan mencari penemuan baru ini kerana ia adalah khazanah yang tersembunyi dan artifak berharga yang boleh menyingkap kehidupan lampau di negara ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.