saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/05/2008

Ketara tanam 6,000 kelapa matag

BESUT 15 Mei - Projek Pembangunan Terengganu Utara (Ketara) memperkenalkan tanaman kelapa matag di kawasan Baruh Keranji, Kampung Gong Bayor, dekat sini dalam usaha meningkat dan mempelbagaikan pendapatan para petani.

Pengarahnya, Mohd. Kaberi Abd. Ghani berkata, seramai 22 peserta telah melibatkan diri mengusahakan kawasan tanah seluas 22.3 hektar dengan lebih 6,000 pokok kelapa tersebut sejak dua minggu lalu.

Katanya, kawasan yang dipilih sudah dikenal pasti sesuai untuk tanaman kelapa matag itu kerana tanah gambut di situ tidak sesuai untuk tanaman lain.

Menurutnya, selepas tempoh tiga tahun, kawasan tanaman itu bakal menghasilkan kira-kira 500,000 biji buah kelapa untuk dipasarkan yang dijangka memberikan pulangan lumayan kepada para petani.

''Setiap peserta dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak RM15,000 setahun tidak termasuk hasil jualan air nira yang merupakan satu perusahaan tradisi penduduk Kampung Gong Bayor," katanya semasa berucap pada majlis Perasmian Tanaman Kelapa Matag di Baruh Keranji Kampung Gong Bayor, semalam.

Perasmian majlis dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof.

Pada majlis yang sama, Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera menyampaikan peralatan pam air bernilai RM6,500 setiap satu kepada lima Kumpulan Pengurusan Air (KPA) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera.

Mohd. Kaberi berkata, kerajaan menerusi Ketara telah membelanjakan sebanyak RM250,000 untuk melaksanakan projek tersebut bagi membolehkan petani menikmati pendapatan lebih baik berbanding sebelum ini.

''Apabila kelapa itu mengeluarkan hasil nanti, hasrat kerajaan untuk melihat golongan petani berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan akan menjadi kenyataan,'' jelasnya.

Selain itu, katanya, Ketara juga akan berusaha untuk menyediakan benih nenas kepada petani bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan tanah tersebut sebagai tanaman selingan.

''Sementara menunggu pokok kelapa matag mengeluarkan hasilnya, para peserta juga boleh mendapat hasil nanas di samping parit yang ada dalam kawasan penanaman akan dilepaskan dengan ikan keli yang memberikan sumber pendapatan awal,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.