saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/05/2008

Terimalah keputusan ICJ - Razali

JOHOR BAHRU 16 Mei - Rakyat Malaysia dinasihatkan agar bersikap terbuka dan menerima apa jua keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura yang akan diumumkan Jumaat depan.

Bekas Setiausaha Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Razali Ismail berkata, jika keputusan ICJ memihak kepada Malaysia, rakyat negara ini harus bersyukur, tetapi jika sebaliknya, semua pihak harus menerimanya dengan sikap terbuka.

''Soalnya, kita telah bawa isu Pulau Batu Putih ini ke ICJ dan apabila kedua-dua negara memilih ICJ sebagai tempat rujukan, maka setiap keputusan akan diterima oleh kerajaan Malaysia dan negeri Johor khasnya serta Singapura,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Razali berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan kedudukan Pulau Batu Putih yang akan diumumkan minggu depan di mahkamah itu di The Hague, Belanda.

ICJ dijangka mengumumkan keputusan tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan Sputh Lakes antara Malaysia dan Singapura, pada 23 Mei ini.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili Malaysia bersama pasukan peguam antarabangsa iaitu Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor dalam Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge.

Selain itu, Malaysia turut diwakili oleh profesor Undang-undang Awam Antarabangsa di Universiti Leiden, Nicolass Jan Schrijver, profesor Undang-undang Antarabangsa di Graduate Institute of International Studies, Geneva; Marcelo G. Kohen dan pensyarah kolej, Downing College, Universiti Cambridge, Penelope Nevill.

Tan Sri Abdul Kadir Mohamad pula merupakan ejen Malaysia bagi kes itu serta sebagai Duta Tugas-tugas Khas dan Penasihat Khas Hal Ehwal Luar kepada Perdana Menteri dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin adalah ejen bersama.

Jelas Razali, pasukan Malaysia melakukan tugas yang amat baik semasa penghujahan lisan yang berlangsung dari 6 hingga 23 November tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.