saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/05/2008

Khairy: Kaji siaran langsung Parlimen

SEREMBAN 16 Mei - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin menyarankan agar kerajaan mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat untuk sama ada diteruskan atau tidak dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata, ini kerana tidak semua penonton dapat mengikutinya secara berterusan memandangkan siarannya berlangsung pada waktu bekerja.

"Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau menyifatkan mutu perbahasan mengenai isu-isu yang dibentangkan sepanjang dua minggu lepas sebagai positif walaupun ada kalanya berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pakatan pembangkang.

"Saya berpendapat isu-isu yang yang diketengahkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang mencapai penanda aras positif. Walaupun ada pelbagai kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan, namun itu adalah perkara biasa kerana sebelum ini pun berlaku perkara berkenaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.