saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 17/05/2008

Pengalaman mencabar merempuh jeram selepas bah besar


Para peserta kegirangan semasa berehat seketika di tebing sungai selepas berjaya menempuh bahagian pertama berkayak jeram.


Jika pembaca masih ingat lagi, pada hari semua warganegara sibuk keluar mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lepas, kira-kira 245 penduduk dari perkampungan sekitar Sungai Padas daerah Beaufort, Sabah telah menghadapi banjir yang buruk.

Banjir yang telah menenggelamkan Kampung Bakalau dan Kampung Jambanga itu berpunca daripada paras air Sungai Padas melimpah akibat hujan berterusan dan pelepasan air dari Empangan Tenom.

Bagaimanapun, Sungai Padas lebih menggegarkan negara pada 9 April lalu apabila sebuah kereta api terjunam ke dalam sungai dan mengorbankan dua penumpang dipercayai akibat hakisan tebing sungai.

Limpahan air semasa banjir itu juga telah menyebabkan Sungai Padas yang popular dengan rekreasi air lasak itu terpaksa ditutup dari sebarang aktiviti sehinggalah dibuka semua selepas 15 hari.

Kumpulan pertama yang berpeluang merasai pengalaman berkayak selepas banjir pada 22 Mac yang lalu ialah 11 pelajar kejururawatan dari Hospital Adventist Pulau Pinang yang diiringi oleh 13 ahli pasukan kayak berpengalaman dari Komrad Rafting Team Kota Marudu (Komrad).

Menurut Ketua Pasukan Komrad, Marcellus Jay Manisah, setibanya di tapak mula iaitu di cabang Sungai Rayoh, mereka mendapati air sungai itu masih lagi sangat deras dan belum pulih ke tahap normal.

Situasi ini pastinya mampu membuat sesiapa sahaja kecut perut sehingga ada peserta yang mahu menarik diri dari niat asal menakluki Sungai Padas.

“Namun selepas diberi taklimat daripada ketua keselamatan berpengalaman dari pengendali aktiviti, Borneo Ultimate Sports Adventure Tours Sdn. Bhd. (BUSAT), para peserta menjadi lebih yakin,’’ ujarnya.

Kata Marcellus, BUSAT telah membantu menggandakan aspek keselamatan dengan menurunkan semua dinggi (bot getah) kayak keselamatan dan ahli pasukan penyelamat mereka lebih banyak berbanding biasa.

Selain itu, sekurang-kurangnya seorang anggota BUSAT juga ditempatkan dalam setiap dinggi peserta untuk bertindak sebagai jurumudi dan pengawal dinggi.

Bercampur-baur

Keseluruhannya, sebanyak enam buah dinggi digunakan iaitu tiga dinggi keselamatan dan tiga lagi dinggi peserta.

Sebelum cabaran bermula, semua pelajar dan ahli Komrad dibahagikan dengan seimbang seramai lapan orang di dalam setiap dinggi sementara menunggu cabaran yang bermula tepat pada pukul 1.45 petang.

Sebaik sahaja dinggi diturunkan ke permukaan Sungai Rayoh yang lebar dan deras, ada peserta yang terus mula menjerit, tetapi ada juga yang terdiam kaku.

“Memandangkan hampir semua peserta pelajar masih baru dalam aktiviti sebegini, pastinya perasaan mereka bercampur baur. Ada yang kelihatan amat teruja meskipun perasaan takut jelas terpancar di wajah masing-masing,’’ katanya.

“Perasaan yang bercampur baur memang perkara biasa, cuma mujurlah tiada yang terlalu panik sehingga menjejaskan program.

“Apa yang pasti semua peserta sangat berani,’’ tambahnya lagi.

Dalam cabaran Sungai Padas kali ini, kata Marcellus, peserta kayak jeram terpaksa mendayung merentasi sembilan jeram utama yang tinggi dan deras-deras belaka.

Antaranya ialah empat cabaran yang paling menggerunkan iaitu Jeram Pemenggal Kepala, Jeram Cobra, Jeram Mesin Basuh dan Jeram Rumah Ular, tetapi tahap kesukaran di jeram-jeram lain juga tidak boleh dipandang remeh.

Apatah lagi, berkayak jeram kali ini boleh dikatakan sekali ganda lebih sukar berbanding waktu biasa memandangkan banjir yang belum surut telah menyebabkan limpahan air yang berlebihan dan lebih deras berbanding biasa.

Lebih menyeramkan, sekiranya ada peserta yang panik dan tidak dapat mengikut arahan pengawal dengan baik akan menyebabkan dinggi hilang keseimbangan dan mudah terbalik.

Dalam keterujaan peserta membelah arus jeram bahaya, salah satu daripada dinggi telah hilang keseimbangan selepas merempuh jeram setinggi dua meter. Akibatnya, hampir semua peserta dinggi tersebut hanyut sehingga sejauh 200 meter.

Dalam keadaan yang mencemaskan itu, para penyelamat membuktikan kemahiran mereka setelah berjaya menyelamatkan semua peserta yang hanyut dalam masa kurang lima minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Selepas bertarung hampir 30 minit, semua dinggi mendarat di salah satu lokasi tebing Sungai Padas bagi membolehkan peserta berehat seketika untuk mengumpul semula tenaga yang hilang.

Selepas kira-kira 15 minit berehat, semua peserta menyambung semula perjalanan. Bezanya kali ini, pengalaman menjadikan semua peserta pelajar lebih berkeyakinan.

Jadi dengan semangat yang lebih berkobar-kobar mereka sekali lagi meneruskan perjalanan ke hilir sungai yang kian berliku.

Akhirnya, selepas satu jam 38 minit semua dinggi berjaya menamatkan ekspedisi dan tiba ke tapak penamat dengan selamat kira-kira pukul 3.23 petang.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti ini atau lain-lain aktiviti lasak di Sabah boleh menghubungi Marcellus di talian 016-8047205 atau e-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.