saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 17/05/2008

Kek Roussilawati kini laris


Roussilawati Kartini Hassan membuat kek pisang di kedainya di Pasir Puteh.


PASIR PUTEH 16 Mei - Kek pisang yang disediakan oleh Roussilawati Kartini Hassan, 42, bagi hidangan kepada rakan-rakan suaminya di tempat kerja, membuka lembaran baru dalam hidup pasangan itu.

Dia dan suaminya, Hasnan Husni, 44, agak terkejut apabila seorang daripada mereka yang merasai hasil tangannya terus menempah 300 biji dalam waktu yang singkat.

Suaminya bergegas untuk membeli empat buah ketuhar dan mereka berdua tidak tidur lebih semalaman untuk menyiapkannya yang menjadi suatu permulaan buat mereka menjalani kehidupan baru.

Bermula dari situ sejak lima tahun lalu mereka tekad untuk menceburi dalam perniagaan kek di rumah biarpun terpaksa 'merangkak' pada awalnya kerana mereka telah melalui kehidupan yang pahit sebelum itu.

''Sehari sebelum hari raya puasa tahun 2003 saya mengalami kemalangan jalan raya dan cedera parah dan saya terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu jururawat di klinik berhampiran rumah.

''Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda selama lapan bulan, sering berulang alik ke hospital mendapatkan rawatan lanjut, menjalani lima pembedahan dan syukurlah kini saya telah pulih," ujarnya.

Hasnan pula yang sebelum itu baru berjinak-jinak sebagai kontraktor kecil lebih banyak meluangkan masa untuk menjaga isteri dan tiga anak kecil menyebabkan wang simpanan mereka semakin susut.

''Akibat kemalangan, isteri saya mengalami kecacatan terutama pergerakannya yang terenjut-enjut namun saya kagum semangatnya yang kuat untuk berjaya dalam bidang ini dan saya membantunya," ujar Hasnan.

Ketika ditemui Utusan Malaysia di bangunan kedai D'Mara di bandar ini baru-baru ini, Hasnan berkata, sambutan ke atas perniagaan mereka di premis yang tersusun amat memberangsangkan walaupun baru dua bulan beroperasi.

Perniagaan terus melonjak dan jualan kasar bulan Mac lepas melebihi RM28,000 yang dianggap jumlah besar bagi usahawan kecil seperti mereka.

Sebanyak 200 biji kek pisang dan coklat dikeluarkan sehari, bilangan tersebut bertambah sekiranya mendapat tempahan kek seperti kek keju dan mufin untuk hari jadi dan perkahwinan.

Menggunakan jenama R.K.H Trading, hampir 80 peratus kek yang dikeluarkan dibekalkan secara tetap kepada enam pasar raya di negeri ini di samping pasaran di kedai.

''Lembaga Kemajuan Kemubu (KADA) banyak membantu terutama peningkatan kualiti, teknik pembuatan, pengurusan kewangan, pembungkusan, pemasaran serta peralatan dan pemberian mesin bernilai RM20,000," ujarnya.

KADA turut memberi peluang menyewa kedai di bangunan kedai D'Mara dengan nama Citamas Enterprise dengan kadar sewaan yang agak rendah.

Selain produk sendiri, keluaran berpuluh pengusaha lain yang mendapat bimbingan KADA turut dijual terutama makanan ringan.

Bagi Roussilawati dan Hasnan, mereka sedar tentunya mereka tidak harus bergantung kepada bantuan pihak lain untuk terus maju dan masa depan terletak kepada keupayaan mereka menerajui perniagaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.