saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/05/2008

Pemimpin UMNO Johor terkejut Dr. Mahathir keluar parti

19/05/2008 5:16pm

JOHOR BAHRU 19 Mei Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terkejut dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO kerana sebelum ini bekas Perdana Menteri itu tidak menunjukkan sebarang tanda akan berbuat demikian.

Beliau tidak menyangka sama sekali Dr. Mahathir mengambil tindakan berani itu dan turut mengakui menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli-ahli cawangan yang berhasrat mengikuti langkah tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak akan mengikuti langkah berkenaan kerana lebih suka menyelesaikan sesuatu masalah secara dalaman.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Johor, Razali Ibrahim kecewa dengan apa yang berlaku di antara Dr. Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku amat merugikan UMNO terutamanya ahli yang terdiri daripada generasi muda kerana sepatutnya mereka diberi teladan yang baik.

Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali yang turut terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir bagaimanapun menegaskan pemimpin dan ahli bahagian berkenaan tidak akan mengikuti jejak langkah itu.

Menurutnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. - Utusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.