saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 19/05/2008

Berhenti tentera sertai perniagaan ikan pekasam

LENGGONG 18 Mei - Percaya bahawa rezeki ada di mana-mana, seorang anggota tentera sanggup mengambil risiko berhenti kerja semata-mata ingin mencuba nasib menjadi pengusaha ikan pekasam kira-kira 15 tahun lalu.

Meskipun kerjaya baru yang diceburi itu tidak sepopular mana, tetapi Ibrahim Yusuf, 54, tidak takut mencuba kerana yakin perniagaan ikan pekasam jika diusahakan secara bersungguh-sungguh boleh mendatangkan rezeki lumayan.

Setelah berfikir semasak-masaknya, Ibrahim tekad membawa isteri dan sembilan anaknya berpindah ke Kampung Cherakoh terletak kira-kira 50 meter dari Tasik Raban di sini iaitu sebuah tasik yang kaya dengan sumber ikan air tawar.

Sejak itu, setiap petang, Ibrahim akan memasang pukat di Tasik Raban dan hasilnya pada sebelah pagi untuk diproses menjadi ikan pekasam.

Jika ada rezeki, dalam sehari, beliau mampu mendapat 20 kilogram ikan yang menjadi sumber pendapatannya untuk menyara hidup dan membesarkan anak-anak.

Ibrahim juga tidak menyesal memilih kerjaya sebagai pengusaha ikan pekasam kerana terbukti perniagaan diceburi itu cukup menguntungkan.

Malah, sebut sahaja ikan pekasam jenama 'Pekasam Tasik Raban', semua orang pasti mengenali Yusuf dan isterinya, Aminah Ismail, 52, yang merupakan pengeluar produk makanan tradisional tersebut.

Katanya, dia belajar membuat ikan pekasam daripada rakan juga seorang anggota tentera semasa bersama-sama berkhidmat di Cameron Highlands, Pahang dan kemahiran itu diperturunkan kepada isterinya.

Menurut Aminah pula, dia dan suami tidak memasarkan produk mereka di kedai atau pasar raya kerana pelanggan sendiri yang datang ke rumah untuk membeli ikan tersebut.

''Setiap hari, pasti ada pelanggan datang ke rumah membeli ikan pekasam bukan sahaja orang tempatan di sini, tetapi di tempat lain termasuk orang kenamaan seperti ahli politik dan pegawai kanan kerajaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Aminah berkata, terdapat pelanggan yang membeli dalam kuantiti sedikit dan ada juga secara borong kerana ingin mengadakan kenduri atau majlis keraian atau hidangan di restoran.

Apabila permintaan terlalu tinggi, dia dan isterinya kadangkala tidak cukup bekalan dan sebab itu, mereka menggalakkan pelanggan membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke rumah untuk membeli ikan pekasam.

Menurutnya, stok ikan pekasam yang diusahakan itu bergantung kepada hasil ikan yang dipukat setiap hari memandangkan mereka tidak membeli bekalan dari luar kerana khuatir kualitinya di tempat lain tidak sama dengan Tasik Raban.

''Ikan pekasam kami mendapat tempat di hati pelanggan kerana kami cukup menjaga mutu ikan, di samping mempunyai teknik sendiri untuk menghasilkan pekasam yang enak.

''Untuk menghasilkan ikan pekasam yang enak, kami tidak mencampurkan beras goreng dengan ikan. Beras goreng hanya dilumur pada ikan semasa dibeli oleh pelanggan kerana beras menjadi lebih lembut apabila direndam lama.

''Selain itu, perut ikan pelu dibersihkan dengan beras berus khas bagi mengelak ia berbau busuk,'' katanya sambil memberitahu ikan yang diperam boleh dimakan selepas lima hari.

Beliau berkata, mereka hanya membuat ikan pekasam menggunakan ikan lampam dan loma dengan menjualnya pada harga RM12 sekilogram atau RM10 bagi empat bungkus ikan pekasam.

Bagi sesiapa yang ingin merasai keenakan ikan pekasam keluaran Aminah dan Ibrahim, boleh mendapatkannya di rumah mereka di Kampung Cherakoh di sini atau menghubungi 05-7512898 untuk membuat tempahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.