saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 19/05/2008

Tuan rumah Thomas, Uber berbeza

JAKARTA - Ketika Malaysia hampir pasti menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Thomas 2010, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih mengadakan perbincangan dengan dua negara bagi menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Uber.

Setiausaha Agung BWF, Stuart Borrie berkata, apabila mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk badminton dunia itu tahun lepas memutuskan untuk mengadakan Piala Thomas dan Piala Uber di tempat yang berlainan, Malaysia menjadi satu-satunya negara yang membida untuk acara lelaki (Piala Thomas).

"Jadi Malaysia berkemungkinan menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Thomas 2010 tetapi BWF masih mengadakan perbincangan dengan dua negara kuasa utama acara wanita, untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Uber," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dua negara kuasa utama acara badminton wanita itu adalah China dan Korea Selatan.

Borrie berkata berdasarkan keputusan AGM itu, Piala Thomas dan Piala Uber akan diadakan dalam tahun yang sama tetapi di negara yang berbeza dan pada bulan yang berlainan.

Beliau berkata, edisi 2010 akan menjadi ujian bagi pengasingan pusingan akhir Piala Thomas dan Uber kerana BWF mesti memastikan kedua-dua acara akan menarik minat yang setara daripada penaja dan pengiklan.

"Ada minat yang mendalam terhadap Piala Thomas tetapi tidak dalam Piala Uber. Jadi BWF masih menerima maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan," katanya.

Borrie berkata, keputusan akhir bagi menentukan tuan rumah bagi pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan dibuat dalam mesyuarat majlis BWF pada Sukan Olimpik Beijing, Ogos ini.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.