saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 21/05/2008

Jalan empat lorong Kampung Awah-Felda Jengka 8

BANDAR JENGKA 20 Mei - Kerajaan meluluskan cadangan untuk menaik taraf Jalan Kampung Awah ke Felda Jengka 8 daripada dua lorong kepada empat lorong dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said berkata, projek pelebaran jalan sejauh 50 kilometer yang melalui Nadi Utama di Jengka Tiga Segi itu amat penting berikutan pertambahan kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Berdasarkan kepada kepentingan itu, kata beliau, Jalan Kampung Awah ke Jengka Lapan akan diberi keutamaan dalam kajian separuh penggal RMK-9.

''Projek yang membabitkan kos jutaan ringgit itu dijangka dilaksanakan seawal Ogos ini selepas beberapa masalah teknikal dapat diatasi oleh pihak berkenaan.

''Antara masalah utama ialah premis kedai yang didirikan secara tidak sah di laluan kedua-dua arah,'' katanya.

Ismail berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan masyarakat peneroka Felda Semarak Jengka 15 dekat sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Ismail berkata, bagi memastikan projek naik taraf jalan itu dapat dilaksanakan secepat mungkin, Majlis Daerah Maran (MDM) perlu segera merobohkan semua bangunan haram di laluan tersebut.

''Jalan itu perlu dijadikan empat lorong kerana jumlah kenderaan meningkat terutama pada setiap kali musim Hari Raya apabila ramai anak peneroka pulang ke kampung," jelasnya.

Pada masa ini, katanya, keadaan jalan yang sempit menyebabkan sering berlaku kemalangan sehingga membabitkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah.

''Kenderaan yang melalui jalan ini bukan sahaja bas sekolah dan kereta tetapi juga lori balak dan lori mengangkut minyak serta kelapa sawit yang menjadikan laluan ini sentiasa sibuk.

''Pada hari biasa, masa yang diambil dari Kampung Awah ke Bandar Jengka selama 20 minit tetapi menjadi sejam pada Hari Raya kerana sesak teruk," jelasnya.

Sementara itu, Wan Salman menyifatkan projek pelebaran jalan dari Kampung Awah ke Simpang Jengka Lapan dapat merancakkan lagi pembangunan Bandar Jengka.

Pelebaran jalan utama itu, katanya, bukan sahaja memberi faedah kepada penduduk tempatan tetapi juga warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang di Bandar Jengka.

''Peningkatan prasarana itu akan memberi impak ekonomi dan sosial terhadap pembangunan bandar bumiputera iaitu Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.