saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 22/05/2008

Stadium Jalan Raja Muda jadi Pusat Kecemerlangan Sukan

KUALA LUMPUR 21 Mei - Stadium Jalan Raja Muda di Kampung Baru, di sini, akan dibangunkan dengan kemudahan-kemudahan sukan yang lebih sesuai untuk kegunaan komuniti, malah bakal dijadikan Pusat Kecemerlangan Sukan bagi atlet remaja dan paralimpik Kuala Lumpur.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya telah mendapat peruntukan RM10 juta untuk membangunkan stadium itu dengan kemudahan asrama, gimnasium, dewan latihan gimrama, kolam renang 25 meter, dewan permainan seperti futsal dan badminton, tempat letak kereta dan rumah pengawal.

Katanya, kemudahan tersebut boleh digunakan oleh atlet remaja dan paralimpik secara sepenuhnya manakala orang awam dibenar menggunakan padang bola sepak, gimnasium dan permainan dalam dewan.

Beliau berkata, bagi melaksanakan projek pembangunan itu, bangunan asal pentadbiran stadium tersebut akan dirobohkan tetapi kementerian akan mengekalkan kemudahan sedia ada seperti padang bola sepak.

‘‘Penyediaan pelan pembangunan ini mengambil masa yang agak panjang kerana stadium itu terletak dalam kawasan hijau di bawah kawalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengenakan syarat agak ketat.

‘‘Kementerian menyedari kemudahan sukan di stadium itu terhad walaupun kedudukannya strategik di pusat bandar raya dan mudah dikunjungi orang awam. Ia membuatkan kementerian berhasrat membangunkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Lo’ Lo’ Mohd. Ghazali (Pas-Titiwangsa) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.