saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 22/05/2008

SMK Matang Hilir lokasi Hari Astronomi Sedunia 2008

KUCHING Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) akan menyambut Hari Astronomi Sedunia 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir pada 23 dan 24 Mei ini.SMK Matang Hilir dipilih sebagai lokasi pertama sambutan Hari Astronomi Sedunia 2008 di luar PSI kerana sekolah tersebut merupakan yang pertama dianugerahkan Sekolah Astronomi pada tahun 2006.

Sejak tahun 2004 lagi, Hari Astronomi Sedunia telah disambut oleh SAS dan PSI dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti pencerapan bintang, sesi ceramah, permainan dan sebagainya.

''Dengan lokasi sambutan yang berbeza, Hari Astronomi Sedunia 2008 bakal disambut dengan lebih meriah lagi seperti aktiviti Mars Rover, Astro Paint, Astro Draw, membuat teleskop, membuat carta bintang, Reka Cipta Astronomi dan lain-lain,'' kata PSI dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Pada tahun ini, PSI dan SAS akan mengumumkan Sekolah Astronomi Kedua berdasarkan kriteria-kriteria sumbangan dan penglibatan ahli-ahli kelab astronomi di sekolah tersebut.

Di negara Barat katanya, aktiviti Hari Astronomi Sedunia diadakan di tempat-tempat yang tidak mempunyai kaitan dengan astronomi seperti di kompleks-kompleks membeli-belah dan taman untuk membangkitkan minat orang ramai pada astronomi.

Pada tahun lalu, sambutan seumpama itu telah berjaya menarik minat kira-kira 400 orang untuk berkunjung ke PSI dari pukul 9 hingga 1 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.