saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/05/2008

Kemelut dengan PM tak perlu libatkan Agong – Dr. Mahathir

TOKYO 22 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menegaskan, kemelut dengan Perdana Menteri itu adalah soal politik dalam UMNO yang tidak sepatutnya melibatkan Tuanku Mizan.

‘‘Ini soal politik dalam UMNO, kita tak bawa kepada Agong kalau kita sendiri tak boleh selesaikan mengikut alasan yang benar. Saya cuma berpegang kepada prinsip, sokong prinsip.

‘‘Ini bukan perkelahian saya dengan Abdullah Ahmad Badawi ataupun keluarga saya dengan keluarga dia. Saya tak utamakan diri saya. Saya cuma berjuang untuk parti, tujuan-tujuan parti yang berkenaan bangsa dan tanah air,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ditemui pemberita Malaysia selepas sesi dialog di Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-14 di Hotel Grand Prince Akasaka di Chiyoda di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa yang menyatakan kemelut antara kedua-dua pemimpin itu sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan Tuanku Mizan sebagai ‘orang tengah’ untuk menyelesaikannya.

Abdul Aziz seperti dilaporkan oleh Bernama hari ini berkata, hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

Beliau berkata, tidak ada salahnya untuk raja-raja Melayu campur tangan dalam kemelut antara bekas Perdana Menteri dan penggantinya itu memandangkan UMNO adalah pihak yang mengembalikan semula kuasa raja.

“Semasa Malayan Union, raja tak ada kuasa langsung kecuali sebagai ketua agama (Islam), tetapi UMNO menaikkan balik (kuasa raja), (pengasas parti) Datuk Onn (Jaafar) perjuangkan hak raja Melayu,” kata Abdul Aziz.

Isnin lalu, Dr. Mahathir mengumumkan beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Dalam pada itu, ditanya mengenai harapan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat semalam agar Dr. Mahathir kembali kepada UMNO satu masa nanti, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, tindakannya keluar parti tidak bermakna beliau tidak setia kepada parti.

‘‘Saya tidak faham MT ini. Kita sekarang ini menghadapi masalah tak faham bahawa kalau kita menentang presiden, tidak bermakna kita menentang parti.

Sejarah

“Tetapi mereka mentafsirkan kalau kita kata apa-apa mengenai presiden, tanda kita tidak setia kepada parti. Mereka kena lihat sejarah pemimpin-pemimpin parti sebelum ini,” katanya.

Mengenai kesediaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menemuinya untuk berbincang mengenai tindakannya keluar parti, Dr. Mahathir berkata, Timbalan Presiden UMNO itu boleh berjumpa dengannya.

‘‘Saya sebenarnya secara langsung telah disingkirkan oleh UMNO sebelum ini apabila saya meletakkan jawatan. Selepas itu saya dapati bahawa hubungan saya dengan menteri-menteri yang dulu saya pilih dan duduk bersama di sekeliling meja, tidak boleh jumpa dengan saya.

‘‘Saya nak jumpa dengan ahli UMNO pun tidak boleh. Kalau saya ada perjumpaan, orang UMNO tidak boleh hadir. Secara langsung saya sudah dianggap sebagai bukan ahli parti. Jadi, apa bezanya sekarang?,” katanya.

Mengenai Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, beliau berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya meletakkan anaknya itu dalam situasi yang menyukarkan.

‘‘Dia tidak membuat apa-apa kesalahan,” jelasnya.

– Utusan

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.