saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 23/05/2008

Keindahan Bukit Puteri kian menghilang


KINI... kewujudan Bazar Warisan menjejaskan keindahan dan nilai sejarah yang terdapat di Bukit Puteri.


KUALA TERENGGANU 22 Mei - Keindahan dan nilai sejarah yang terdapat di Bukit Puteri, berdekatan Pasar Kedai Payang, di sini, kini terjejas berikutan kewujudan Bazar Warisan yang baru disiapkan.

Ini kerana sekali pandang bangunan itu menenggelamkan bukit yang mempunyai kepentingan sejarah negeri dan sektor pelancongan.

Berikutan itu ramai menyifatkan kewujudan bazar itu mencacatkan pemandangan sebuah bukit yang sememangnya mempunyai nilai sejarah penting Terengganu zaman berzaman.

Bukit Puteri terletak berhampiran dengan Istana Maziah dan Pejabat Pos Besar, Kuala Terengganu memiliki keluasan lebih kurang 0.688 hektar dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut.

Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah berkata, Bukit Puteri sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin I di mana terdapat beberapa cerita tentang asal usul nama Bukit Puteri.

Katanya, ada cerita mengatakan ketika Dato' Bendahara Padang Saujana menghantar wakilnya Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) untuk memerintah Negeri Terengganu, bukit ini sudah dikenali sebagai Bukit Puteri.

''Cerita lain mengatakan bahawa Bukit Puteri berasal dari nama Tok Raja Maha, Menteri dari Johor yang membuka Bukit Puteri. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II, Sultan Muhamad I dan Sultan Umar, Bukit Puteri dijadikan sebagai kubu pertahanan semasa perang saudara.

''Di atas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifak bersejarah antaranya genta, meriam beranak, tiang bendera, rumah api, kubur Syed Yasin dan kubu pertahanan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd. Yusof berkata, pada zaman dahulu, terdapat banyak meriam di atas bukit itu dan mempunyai pelbagai nama antaranya Seri Jamlor, Seri Bueh, Seri Johor dan Laila Majnun.

Katanya, pada suatu kawasan terdapat dua meriam yang terdiri daripada yang kecil (anak) dan satu yang besar (ibu). Meriam ini dikenali dengan nama Meriam Beranak.

Malangnya kebanyakan meriam telah dibawa oleh tentera Jepun dan dipersembahkan kepada raja Siam.

Selain itu sebuah genta iaitu loceng besar yang dibuat pada zaman pemerintahan al-Marhum Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1326H bersamaan 1908M turut di tempatkan di sini.

Ukuran lilitnya lebih kurang 228cm, tingginya 78cm diperbuat daripada tembaga kuning dan berat lebih kurang 175kg.

Menurut cerita yang didapati, genta ini pernah dibunyikan di hadapan Istana Maziah dalam satu istiadat. Tukangnya ialah Wan Ali bin Wan Awang dengan dibantu oleh beberapa tukang yang lain dari Kampung Tanjung dan Kampung Paya, Kuala Terengganu.

Genta yang pertama dinamakan 'Negara' telah dibuat dalam masa pemerintahan Sultan Terengganu yang kesembilan iaitu Baginda Umar pada 17 Syaaban 1270 Hijrah bersamaan 15 Mei 1853.

Genta ditugaskan kepada 'Budak Raja' yang menjaganya dan pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (19 Disember 1881 - 25 November 1918M) ia dijaga oleh Ali bin Abdullah.

Tujuan genta ini untuk memberi amaran sesuatu ancaman yang melanda negeri seperti orang mengamuk, kebakaran atau musuh melanggar negeri.

Menurut adat negeri, apabila kedengaran bunyi genta yang tiada menentu dan pukulannya kencang maka sekalian penduduk bandar akan menutup pintu rumah dan kedai masing-masing. Pembesar-pembesar dan semua hamba sahaya berlari menuju istana.

Masing-masing bersiap sedia dengan senjata untuk menerima sebarang arahan. Di dalam bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, genta turut dibunyikan.

Pada bulan puasa, genta dibunyikan menandakan telah hampir waktu berbuka.

Bagi menandakan waktu bersahur pula genta dibunyikan dengan kencang dan dituruti tembakan meriam satu das.

Tiang bendera di Bukit Puteri pula digunakan bagi menaikkan bendera apabila sesuatu istiadat diadakan di Istana Maziah.

Tiang yang mempunyai ketinggian lebih kurang 18 meter dan ditanam sedalam 2 meter ini didirikan pada 12 Zulhijjah 1316 Hijrah bersamaan 22 April 1899 ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.

Tiang bendera ini didirikan masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920-1942 ).

Rumah Api di atas Bukit Puteri amat penting dan berfungsi sebagai pedoman kepada para nelayan dan pelayar-pelayar memasuki pelabuhan Kuala Terengganu.

Di atas bukit ini terdapat kubu yang pernah digunakan semasa berlakunya perang saudara antara Baginda Umar dengan Sultan Mansur Shah II dan Sultan Muhamad I kerana merebut takhta Kerajaan Negeri Terengganu.

Kubu dibina oleh Baginda Umar ini diperbuat campuran madu, putih telur, batu bata, kapur tohor sebagai plaster.

Di bahagian dalam kubu ini pula terdapat sebuah pentas batu yang bertingkat (singgahsana), digunakan sebagai tempat sultan dan pembesar-pembesarnya mengadakan mesyuarat bagi mengatur strategi perang dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika menghadapi serangan pihak musuh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.