saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/05/2008

Pengajaran kepada Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Mei - Malaysia perlu menjadikan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih sebagai iktibar dan pengajaran mengenai betapa pentingnya nilai-nilai sejarah dalam pembentukan negara bangsa.

Rektor Kolej Yayasan Melaka yang juga pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, keputusan itu menunjukkan kelemahan dan kesilapan Malaysia sejak awal yang tidak menggunakan fakta sejarah sebagai panduan dalam mempertahankan wilayah negara.

Merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Johor pada 1953 kepada Singapura, yang mengatakan bahawa kerajaan Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih, Dr. Ramlah berkata, ia juga menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu.

"Pengakuan kita (surat SUK) bahawa ia (pulau) bukan hak milik kita menunjukkan kelemahan dan kesalahan kita betapa tidak menggunakan sejarah sebagai panduan dan tidak membuat rujukan serta penyelidikan yang betul.

"Ini pengajaran kepada Malaysia betapa pentingnya dokumen-dokumen sejarah dan merujuk kepada orang yang terlibat sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat ICJ hari ini membuktikan betapa pentingnya sejarah dan dokumen-dokumen sejarah, dan itulah yang telah menjadi asas kepada hujahan Singapura dalam kes itu.

Dr. Ramlah berkata, keputusan ICJ itu juga memberi impak besar kepada persempadanan antarabangsa Malaysia yang semakin mengecil apabila kedaulatan Pulau Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor menjadi milik Singapura.

Dekan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik (PPSPS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah pula berkata, berdasarkan keputusan hari ini kerajaan Malaysia perlu segera memberi perhatian jika ada pulau-pulau kecil dalam perairan negara yang masih belum diperakui statusnya.

"Sekarang kita mungkin tidak nampak kepentingannya, tetapi pada masa hadapan kita tidak tahu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penghargaan perlu diberi kepada pasukan Malaysia yang telah bertungkus-lumus menyediakan dokumen-dokumen berkaitan bagi membuat penghujahan kes itu.

Mencari"Saya tidak pernah tengok pasukan yang begitu gigih, mereka pergi ke semua negara termasuk London, Indonesia, India dan selagi ada perpustakaan yang menyimpan dokumen sejarah (berhubung Pulau Batu Putih) mereka cari, dan ini mengambil masa 11 tahun untuk mencari dokumen dan persiapan lengkap.

''Bagaimanapun kekuatan hujah pasukan negara seberang tambak yang menggunakan fakta sejarah memberi kelebihan kepada mereka,'' katanya yang menyifatkan tidak ada perkara yang boleh memesongkan sejarah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Omar Mohd. Hashim berkata, keputusan itu memberi pengajaran kepada Malaysia agar lebih menitikberatkan dokumentasi yang membabitkan sejarah dan kedaulatan negara.

"Ia merupakan satu iktibar kepada kita, para pegawai di Malaysia terlalu mengambil mudah tentang sebarang surat dan dokumen kerana apabila timbul perkara seperti ini ia menjadi amat penting," katanya.

Beliau berkata, walaupun pada awal penghakiman membayangkan pulau itu dimiliki negeri Johor, apabila timbulnya fakta undang-undang dari segi kesahihan mengenai siapa yang menduduki atau mentadbir pulau itu, harapan Malaysia untuk memperoleh kedaulatan pulau itu tidak kesampaian.

"Hakim merujuk kepada surat daripada Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang mengatakan bahawa Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih, walaupun pegawai kita mempertikaikannya, surat itu merupakan dokumen yang sahih," katanya.

Omar berkata, segala bentuk hitam putih mengenai sejarah negara perlu diambil berat dan menyimpannya di dalam Arkib Negara bagi memudahkan ia dijadikan rujukan dan bukti tentang kedaulatan atau pemilikan sesuatu kerajaan.

"Surat-surat dan dokumen yang penting sejak zaman dulu kala perlu disimpan di arkib kerana itu saja yang boleh dijadikan bukti sahih apabila situasi seperti ini berlaku," katanya yang turut kecewa apabila kedaulatan pulau itu tidak berpihak kepada Malaysia.

Pensyarah Fakulti Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Prof. Abdul Aziz Bari pula menyifatkan menang atau kalah, kedua-dua negara telah menunjukkan satu semangat yang baik selaras dengan kehendak undang-undang antarabangsa yang mahu konflik diselesai secara aman.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.