saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 24/05/2008

Sukma XII 1,313 pingat jadi rebutan


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan Stadium Utama Kompleks Sukan Gong Badak, baru-baru ini, yang dinamakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan menjadi venue utama Sukma Ke-12.


SUKMA Ke-12 di Terengganu yang bermula 31 Mei ini menawarkan 1,313 pingat dalam 31 acara yang dipertandingkan – iaitu 404 emas, 404 perak dan 505 gangsa.

Jumlah keseluruhan pingat yang akan dikalungkan kepada pemenang sepanjang kejohanan sepuluh hari itu ialah 2,549 kerana bagi beberapa acaram tempat ketiga dan keempat ditawarkan dengan dua pingat gangsa.

Hari pertama kejohanan pada 1 Jun ini bakal menyaksikan 19 pingat emas dipertandingkan iaitu lapan dalam acara renang, lumba basikal (dua), ekuestrian (satu), gimnastik (satu), karate (empat), lawan (dua) dan boling (satu).

Olahraga menawarkan pingat emas paling banyak iaitu 45, manakala kombinasi renang 38 emas dan terjun 10 emas, menjadikan 48 emas ditawarkan di kolam renang dalam acara akuatik.

Wushu menawarkan 20 pingat emas, manakala acara lain yang menjadi ‘lubuk emas’ ialah menembak (28), memanah (24), pencak silat (23), gimnastik (20), lumba basikal (18), kenu (18), taekwando (16), angkat berat (16), karate (15), boling (13) dan lawan pedang (12).

Apa yang menarik, kejohanan kali ini menggunakan format baru dalam menentukan juara keseluruhan apabila sistem kiraan mata tidak lagi digunakan dan diganti dengan sistem jumlah kutipan pingat emas.

Ini menjadikan kejohanan tersebut lebih `hangat’ dan bagi bekas juara keseluruhan Sarawak, mereka yakin mempunyai kelebihan apabila penentuan juara kali ini menggunakan format jumlah kutipan emas.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Francis Nyurang Ding berkata, sebelum ini negeri itu tewas dalam penentuan juara kerana pengiraan berdasarkan kutipan mata.

‘‘Saya gembira kerana kutipan pingat emas akan digunakan untuk menentukan juara keseluruhan,’’ katanya.

Sarawak akan menghantar kontinjen terbesar 752 atlet ke Terengganu.

Sarawak menyandarkan harapan emas dalam acara olahraga dan renang - dua acara yang secara tradisinya dikuasai negeri tersebut.

Dalam pada itu, tuan rumah Sukma Ke-12, Terengganu tidak meletakkan sasaran menggunung sekalipun beraksi di tempat sendiri.

Pada temasya dwi-tahunan itu, Terengganu sekadar menyasarkan 35 emas dan menduduki kelompok lima teratas.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Rosdi Awang berkata, sasaran itu paling realistik selepas mengambil kira pencapaian tempat ke-11 dengan hanya 15 emas pada Sukma di Kedah dua tahun lalu.

Daripada 31 acara yang dipertandingkan, Terengganu mengenalpasti 18 sukan yang mampu memberikan mereka emas.

Antaranya lumba basikal, olahraga, kenu, pencak silat, taekwondo, menembak, tinju, judo dan skuasy.

“Kami juga akan mempertahankan emas dalam acara bola sepak yang dimenangi di Kedah,’’ ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.