saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/05/2008

Bosan dengan desakan

KLUANG 24 Mei - Rakyat dan kebanyakan ahli UMNO sudah bosan dengan desakan dan tuduhan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yang telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian turut dimaklumkan oleh pemimpin berkenaan bahawa mereka sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Malah, katanya, pihak pembangkang juga meluahkan perasaan yang sama mengenai perkara tersebut.

"Desakan-desakan yang dilakukan kini tidak akan membantu proses peralihan yang mereka mahukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Paloh, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Ghafar Gurohu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Hoo Seong Chang dan ADUN Kahang, R. Vidyanathan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, tumpuan kini sepatutnya difokuskan pada usaha mengukuhkan lagi kedudukan UMNO dan melaksanakan kerja serta menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat semasa Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak yang masih bercakaran terutamanya ahli-ahli UMNO agar menghentikannya segera.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberikan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih kepada Singapura, Hishammuddin mengakui ia memang merupakan satu keputusan yang mengecewakan banyak pihak di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, semua pihak harus berfikir secara positif khususnya mengenai apa yang perlu dilakukan dengan tertubuhnya Jawatankuasa Teknikal antara Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, Malaysia tidak ada pilihan lain dan harus menggunakan jawatankuasa itu bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul serta mewujudkan kestabilan antara kedua-dua negara.

"Saya berharap Pemuda UMNO dapat memantau perjalanan jawatankuasa tersebut agar usahasama yang bakal dilaksanakan antara kedua-dua negara nanti dilaksana secara positif," katanya.

Mengenai khabar angin berhubung kemasukan semula bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO, beliau enggan mengulas lanjut kerana Ezam sendiri belum memutuskan untuk kembali ke dalam UMNO.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.