saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/05/2008

Ambil tindakan terhadap Ahli Parlimen tentang kerajaan

KOTA BHARU 24 Mei - Jawatankuasa Pengurusan UMNO digesa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen parti tersebut yang menentang kerajaan dan Perdana Menteri secara terbuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, tindakan golongan tersebut tidak harus dibiarkan kerana ia memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, sewajarnya Ahli Parlimen terbabit bertindak keluar dari parti sekiranya tidak bersetuju dan merasakan tidak sesuai dengan dasar kerajaan atau Perdana Menteri.

"Kalau mereka rasakan tidak sesuai dan tidak setuju dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mereka boleh jadi macam Ahli Parlimen Pasir Mas (wakil rakyat Bebas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Wartawan Melayu Kelantan Kali Keempat di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Wartawan Melayu Kelantan, Dr. Alias Mohamed.

Dalam pada itu ditanya siapa Ahli Parlimen yang dimaksudkannya Zaid berkata:

"Saya dengar dalam dewan (Parlimen) Datuk Mukhriz Mahathir dan hari itu (Ahli Parlimen) Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, saya tidak tahu yang lain lagi, kalau mereka tidak setuju tidak usah jadi ahli barisan (BN)."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.