saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/05/2008

Nazri tidak setuju Mukhriz dikenakan tindakan

25/05/2008 5:44pm

KUALA KANGSAR 25 Mei Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bersetuju jika pucuk pimpinan parti mengambil tindakan ke atas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir.

Menurut beliau, walaupun Ahli Parlimen Jerlun itu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan, semua pihak tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menghukum atau memecat Mukhriz.

Beliau berkata, ini kerana UMNO mempunyai saluran Perlembagaan yang membolehkan setiap ahlinya memberikan pandangan terhadap pemimpinnya.

``Mukhriz juga boleh menggunakan saluran Perlembagaan UMNO untuk memilih pemimpin yang disukainya daripada peringkat cawangan dan bahagian malah hingga ke jawatan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini.

``Gunakan pemilihan pucuk pimpinan parti kali ini. Pilihlah siapa calon mereka hendak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan pertandingan bola sepak di Taman Anggerik dekat sini hari ini.

Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan memecat atau menghukum seseorang tidak menyelesaikan masalah dalaman parti tetapi akan hanya memburukkan keadaan seperti perpecahan di kalangan ahli.- Utusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.