saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/05/2008

Hishammuddin ada 3 soalan untuk Ezam

KLUANG 24 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membangkitkan tiga perkara apabila diminta mengemukakan pandangan oleh pucuk pimpinan tentang kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO.

Menurut beliau, pertamanya, beliau akan meminta pemimpin UMNO melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila Mohamad Ezam masuk semula ke dalam UMNO; kedua, setakat mana keikhlasannya untuk berjuang bersama UMNO dan ketiga, apa peranan beliau apabila diterima masuk UMNO.

Katanya, walaupun Mohamad Ezam belum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukannya semula ke dalam UMNO, beliau bagaimanapun sudah menyediakan tiga soalan itu untuk diteliti oleh pucuk pimpinan.

"Dalam hal ini, sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, saya pasti akan terbabit dalam perbincangan mengenai kemasukan Ezam dan saya bersedia untuk mengemukakan tiga perkara penting mengenai beliau.

"Namun saya sendiri belum berkesempatan untuk mendengar sendiri pendirian beliau (Ezam) kerana difahamkan beliau berada di luar negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Kluang, di Paloh, di sini, hari ini.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.