saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 26/05/2008

Fabrik langsir eksklusif ceriakan kediaman


Fabrik kapas dengan sheer kain organza memberi gabungan yang serasi.


Tidak dinafikan, langsir selain pelindung daripada cahaya matahari, ia juga berfungsi menambah seri ruang dalaman jika kena corak, warna dan gayanya.

Bahkan, kini fabrik khusus untuk langsir semakin menarik sama ada inginkan yang mewah, sederhana atau murah, semuanya terpulang pada kemampuan masing-masing.

Pemilihan kain juga pelbagai iaitu kapas, campuran kapas-poliester, satin-kapas, sheer dan renda dan organza.

Fabrik bertekstur berharga mahal seperti jacquard dan broked pula lebih sesuai dijadikan langsir gaya tabir, manakala fabrik jenis licin padan untuk sebarang gaya.

Fabrik sheer, organza dan renda lebih sesuai dijadikan langsir siang kerana bersifat nipis dan tidak telus sinar berbanding renda bersifat telus cahaya.

Justeru, ramai menggunakan fabrik ini bagi tujuan perlindungan jika tidak mahu pergerakan di luar.

Mengkhusus dalam penjualan lebih 100 corak fabrik langsir, Laurea Home Furnishing, yang menawarkan perkhidmatan menjahit dan mereka gaya langsir, sarung sofa dan kusyen, turut memberi khidmat rundingan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan pandangan mengenai pemilihan langsir yang sesuai dengan kediaman masing-masing.

Pemiliknya, Siti Hawa Ismail, 30, berkata, beberapa perkara akan ditanya kepada pelanggan sebelum tempahan dibuat.

Antaranya, ukuran tingkap, pintu, warna dinding, konsep yang diterapkan dan bajet bagi memudahkan pemilihan fabrik dan corak yang ingin dibuat.

“Antara lisu yang kerap digunakan sebagai penghubung di antara langsir dan rod adalah lisu cubit, lisu Perancis, lisu kotak, manakala gaya kepala langsir yang popular terdiri daripada tab, siku keluang, rod berpoket dan goblet.

“Kini, telah muncul pula langsir bertali yang mempunyai aksesori manik dan batu kristal yang sesuai sebagai pengganti sheer atau diletakkan sebagai pemisah ruang, di laman dalam serta langsir pintu bilik.

“Warnanya yang pelbagai sudah pasti menarik jika digantung bersama dengan aksesori tersebut, satu lagi keistimewaannya, tidak mudah putus,” katanya ketika ditemui di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Di kedai tersebut, katanya, semua kain merupakan produk mereka sendiri dan tiada persamaan di tempat lain.

“Itulah sebabnya sekiranya pelanggan datang ke kedai, mereka akan memperoleh pilihan fabrik yang berlainan daripada yang ditawarkan di kedai-kedai langsir yang lain. Ini mewujudkan gaya yang eksklusif,” ujarnya.

Kata Siti Hawa, setiap tempahan akan mengambil masa 10 hingga 12 hari untuk disiapkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.