saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 26/05/2008

Penduduk mahu 'pekan koboi' Selandar dimajukan segera


Pekan Selandar yang begitu usang perlu diberi nafas baru dan penambahbaikan infrastruktur sejajar dengan misi Melaka Maju 2010.
- Gambar ABDUL RAZAK LATIF


JASIN 25 Mei - Penduduk pekan Selandar merayu kerajaan negeri agar segera membangunkan pekan yang berusia lebih 50 tahun itu bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada kemajuan pembangunan yang telah dirangka oleh pihak kerajaan.

Menurut mereka, sebahagian bangunan lama di pekan itu yang ada antaranya dibina pada tahun 1939, sudah terlalu uzur dan terbiar begitu sahaja setelah pemiliknya meninggalkan pekan tersebut untuk berhijrah ke tempat lain yang jauh lebih moden.

Rata-rata mereka yang merupakan penduduk asal kawasan itu melahirkan keinginan untuk melihat pembaharuan di pekan tersebut sekali gus menjadikannya sebagai kawasan tumpuan dan bukan sekadar laluan kenderaan yang ingin ke Jasin atau ke bandar Melaka.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar pekan tersebut mendapati keadaan sekelilingnya tidak ubah seperti pekan koboi cuma jalan raya di pekan ini agak moden dan terdapat juga pusingan kecil di pekan tersebut selain balai polis, klinik kesihatan dan kolej komuniti.

Malah untuk melihat kelibat anak-anak muda di pekan itu juga agak sukar kerana sebahagian besar mereka yang duduk memenuhi deretan kedai kayu yang agak usang itu terdiri daripada mereka yang berusia lingkungan 50-an.

Seorang peniaga yang juga penduduk asal pekan itu, G. Ramniklal, 62, berkata, keadaan pekan itu sekarang berbanding pekan Selandar kira-kira 30 tahun lalu tidak jauh bezanya.

''Jika anda tanya saya mengenai keadaan pekan ini waktu mula-mula wujud, beginilah juga keadaannya seperti hari ini. Wajahnya tidak jauh berbeza, cuma sekarang ini sudah ada laluan pejalan kaki yang cantik dan baru dibina di sepanjang pekan.

''Saya berharap akan ada banyak lagi kemajuan dilakukan untuk membangunkan pekan ini. Dulu saya ada dengar ura-ura untuk membina semula bangunan lama di sini tetapi sehingga sekarang belum ada perubahan dibuat," katanya.

Katanya, selain membina laluan pejalan kaki di situ, laluan pusingan kenderaan juga baru diwujudkan kerana penduduk terpaksa meletakkan objek sebagai panduan kepada pemandu kenderaan membuat pusingan di pekan tersebut.

Selain itu, menurut Tai Kau Mei, 56, pula, pekan tersebut mampu menyerlahkan keistimewaannya yang tersendiri jika pihak berkuasa bijak merangka program untuk membangunkan kawasan di situ.

''Walaupun saya bukan anak jati Selandar tetapi saya sayang pekan ini kerana anak-anak telah membesar dan berjaya di dalam hidup, pekan ini banyak berjasa kepada kami sekeluarga.

''Sekiranya pekan ini terus dibiarkan sepi tanpa apa-apa pembangunan dibuat, tidak mustahil satu hari nanti, pekan Selandar hanya tinggal nama kerana ia tidak wujud lagi," katanya dalam nada sayu.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Soot Mahbob, 57, berkata, golongan anak muda kurang berminat untuk tinggal di pekan tersebut memandangkan tiada kemudahan moden disediakan di pekan itu berbanding kawasan lain yang lebih maju.

''Kebanyakan anak-anak muda ini lebih gemar menghabiskan masa mereka di bandar, paling tidak ke Merlimau atau Jasin.

''Bayangkan untuk pergi mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM) di Jasin yang jaraknya hanya sembilan kilometer tetapi terpaksa menunggu bas berjam-jam bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan," katanya.

Rakannya, Tan Ah Kow, 63, berkata, sudah tiba masanya penduduk di situ menikmati program pembangunan yang diatur dan tidak terus tinggal di pekan itu seperti peribahasa 'katak di bawah tempurung."

Katanya, usaha kerajaan negeri untuk menjadi negeri maju pada tahun 2010 akan sia-sia sekiranya kawasan itu dan juga pekan lain yang senasib dengannya terus dipinggirkan daripada mengecapi arus kemodenan negara pada masa ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.