saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 26/05/2008

Limau madu tawan Jeli


Mustapa Mohamed (tengah) bersama Ketua Pengarah Pertanian, Roseley Khalid (kanan) meninjau ladang limau madu di Kampung Legeh, Ayer Lanas, Jeli, baru-baru ini.
- Gambar ROSNI MASRI


JELI 25 Mei - Tanah lazimnya dikaitkan dengan simbol kekayaan tetapi ia tidak memberi sebarang nilai jika terbiar begitu sahaja, malah pemiliknya kerap berada dalam lingkaran kemiskinan.

Justeru usaha memulihkan tanah terbiar sentiasa diberi penekanan pihak berkuasa bagi membantu membangunkan kehidupan seseorang individu atau kelompok masyarakat.

Ia diharap agar taraf kehidupan mereka dapat ditingkatkan dengan bertambahnya pendapatan yang lebih terjamin dan berterusan daripada pelbagai punca.

Kampung Legeh di Jeli merupakan salah satu contoh tanah terbiar dan 50 hektar daripadanya dikenal pasti oleh Jabatan Pertanian sesuai untuk tanaman limau madu.

Setelah berjaya meyakinkan penduduk setempat, seramai 38 peserta yang merupakan penoreh getah sepenuh masa menyertai projek tanaman berkelompok di bekas tanah sawah yang ditinggalkan kira-kira 20 tahun lalu.

Projek yang digerakkan di bawah Program Khas Pembangunan Pertanian Parlimen Jeli yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed itu dimulakan pada tahun 2005.

Sehingga kini, tiga fasa tanaman telah dibangunkan melibatkan keluasan 30.4 hektar dengan keseluruhan tanaman berjumlah 8,208 pokok.

Menurut Penolong Pegawai Pertanian Jeli, Mat Hussein Jusoh, selepas empat tahun, semua pokok tersebut boleh dituai untuk tujuan pasaran pada penghujung tahun depan.

''Mengikut jangkaan, hasil pertama akan dikeluarkan pada akhir 2009 dengan tuaian sebanyak 8 tan metrik bagi satu hektar. Tuaian akan dilakukan sebanyak dua kali setahun dengan harga RM2,000 setan.

''Tuaian pertama disasarkan sebanyak 246.4 tan metrik dengan nilaian hampir RM500,000 juta ringgit dan akan memberi pulangan sebanyak sejuta ringgit bagi tuaian kedua dalam setahun.

''Hasil akan meningkat mengikut kematangan pokok dan dijangkakan, tahun pertama, setiap hektar mampu mengeluarkan 12 tan melalui tuaian dua kali setahun.

Sebelum tanaman berkelompok dimulakan di Legeh, sejumlah 17 penduduk di kampung bersebelahan iaitu Ayer Lanas telah merintis penanaman itu di kawasan seluas 14.5 hektar.

Para peserta terlebih dahulu dibawa melawat secara berkala ke kawasan tanaman limau madu yang berjaya untuk meninjau sendiri tanaman dan melihat hasilnya di samping mendengar pengalaman mereka yang mengusahakannya.

''Selain sesi penerangan, kursus teknikal dan motivasi, jabatan pertanian juga memberi subsidi dalam bentuk anak benih yang dijual dengan harga RM1 sepokok.

''Kawasan tanaman juga dilengkapi dengan sistem pengairan dan perparitan, jalan ladang di samping dibekalkan bahan-bahan input seperti baja dan racun," ujarnya.

Pokok limau dapat mengeluarkan hasil selama 15 tahun dan sepanjang hanyatnya, sepokok boleh menghasilkan 100 kilogram, namun ia bergantung kepada penjagaan pokok dan keupayaan menghindarkan serangan serangga perosak.

''Pasaran pula akan dibincangkan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri apabila tiba masanya kelak," katanya.

Kawasan tanaman itu turut dilawati oleh Mustapa baru-baru ini dan beliau berharap para peserta akan terus berusaha menjadikan Jeli sebagai lembah limau madu di negeri ini.

Menurut Mustapa, Jeli akan diberikan tumpuan yang lebih berdasarkan jajahan tersebut antara empat daerah iaitu Pagoh di Johor, Seberang Prai Utara di Pulau Pinang, Sik di Kedah yang akan dijadikan model pertanian negara.

''Penglibatan saya sebagai pengerusi jawatankuasa memajukan pertanian Jeli dua tahun lalu kini semakin menampakkan hasil terutama dalam projek limau madu.

''Tumpuan diberikan kepada pertanian kerana Jeli mempunyai banyak tanah yang belum diusahakan.

''Projek khas ini selaras dengan program Pembangunan Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dibangunkan oleh kerajaan," katanya

Bagi melancarkan pertanian dalam pelbagai aspek di Jeli, sebuah pusat sehenti akan dibina di kawasan rawat dan rehat Gemang tidak lama lagi.

''Pusat itu akan beroperasi pada sebelah petang bagi memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada masyarakat tani dan orang ramai yang berminat dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan," ujarnya.

''Jajahan Jeli akan dijadikan model projek khas pertanian bagi membolehkan jajahan itu terkenal sebagai pusat pembekalan makanan untuk Kelantan dan negara," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.