saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/05/2008

Pembangkang desak boikot Utusan

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pakatan pembangkang mahu rakyat dan pengiklan memboikot Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kerana mendakwa kedua-dua akhbar itu mengapi-apikan fahaman sentimen perkauman sempit hingga menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin-pemimpin utama mereka secara tidak adil.

Dalam kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pakatan pembangkang menyatakan langkah itu diambil kerana Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bersikap tidak adil dan tidak bertanggungjawab terhadap mereka.

Kenyataan itu menyebut, sungguhpun ada tanda-tanda akhbar aliran perdana yang kebanyakan dikuasai UMNO-Barisan Nasional sudah berubah dan sedikit terbuka, namun masih ada yang berat sebelah.

"Yang paling teruk sekali ialah Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Mereka masih mengkritik dan memburukkan parti-parti dalam pakatan dan pemimpin utamanya secara tidak adil, seolah-olah seperti masih menjalankan kempen pilihan raya," demikian menurut kenyataan yang diedarkan di bilik media Parlimen di sini hari ini.

Sambil menegaskan bahawa pakatan pem- bangkang mendukung Perlembagaan Persekutuan kenyataan itu menyebut, mereka juga ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan gender.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.