saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 29/05/2008

Selangor cadang KPKT pinda Akta Kerajaan Tempatan

SHAH ALAM Kerajaan negeri Se- langor akan mencadangkan kepada Kerajaan Pusat supaya meminda Ak- ta Kerajaan Tempatan 1956 bagi membolehkan sistem pilihan raya bagi memilih ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Ke- rajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu berkata, langkah itu akan membolehkan pemilihan ahli majlis dibuat secara telus tanpa melalui lantikan kerajaan negeri.

"Kita akan mendesak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminda akta ini su- paya kita dapat melaksanakan pilihan raya PBT.

"Tetapi kita jangkakan ia tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat, sebaliknya mungkin memerlukan tempoh antara tiga dan empat tahun untuk diluluskan,'' katanya di sini semalam.

Sementara itu, mengenai lantikan ahli majlis PBT yang baru, beliau berkata, sebanyak 25 peratus daripa- da mereka terdiri daripada golongan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang kurang upaya (OKU), manakala selebihnya ahli politik daripada pakatan pembangkang.

"Senarai nama ahli majlis baru ini akan siap hujung bulan ini dan akan diumumkan secepat mungkin," kata beliau.

Dalam pada itu, Liu menolak dakwaan yang mengatakan kelewatan melantik ahli majlis telah menyebabkan banyak projek pembersihan tidak dapat dilaksanakan.

Menurut beliau, ia hanyalah khabar angin yang disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Walaupun ahli majlis belum dilantik, Pusat Sehenti (OSC) berfungsi seperti biasa untuk mengendalikan urusan kontrak syarikat pembersihan bagi memastikan perkhidmatan kepada penduduk berjalan lancar.

"Bagaimanapun, hanya projek berkos tinggi yang ditangguhkan ketika ini sehinggalah ahli majlis dilantik kerana perlu kajian lebih teliti daripada pelbagai segi sebelum sebarang keputusan diambil," katanya.

Mengenai pusat hiburan dan kesihatan pula, Liu memberitahu, kerajaan negeri masih belum membuat dasar baru mengenai perkara itu.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan negeri hanya meneruskan dasar kerajaan terdahulu dengan mengehadkan masa operasi untuk membanteras aktiviti tidak bermoral.

Malah, katanya, semua pusat hiburan dan kesihatan diwajibkan menukar semua cermin gelap kepada cermin lutsinar untuk mengelak aktiviti tidak bermoral daripada berleluasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.