saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 29/05/2008

Muzium Pertanian Melaka lengang


Bangunan Muzium Pertanian di Jasin, Melaka. - Gambar GAIE UCHEL


JASIN 28 Mei - Visi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk menjadikan sektor permuziuman di Melaka sebagai sektor pendidikan dan pelancongan bertaraf dunia mungkin tidak tercapai sekiranya masih mengabaikan usaha mempromosikan muzium di bawah pentadbirannya secara menyeluruh.

Tidak dinafikan, Perzim berjaya menarik bilangan pelancong yang ramai ke muzium-muziumnya di Bandar Melaka seperti Muzium Sejarah dan Ethnografl, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Samudera Fasa I dan II dan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, nasib serupa tidak diterima oleh Muzium Pertanian di sini yang lengang dan tiada sambutan di kalangan pengunjung walaupun muzium itu tidak mengenakan bayaran masuk berbanding seperti sesetengah muzium lain.

Tinjauan Utusan Malaysia selama lebih satu jam di muzium tersebut baru-baru ini untuk mendapatkan komen pengunjung juga menemui jalan buntu kerana tiada seorang pun pengunjung kelihatan berada di situ.

Lebih mengecewakan, usaha untuk mendapatkan komen melalui borang di dalam peti cadangan pengunjung yang diletakkan di pintu masuk muzium juga tidak ber- hasil kerana peti tersebut kosong dan berhabuk.

Tinjauan itu juga didapati, keadaan kawasan muzium itu juga seperti tidak sempurna sebagai produk pelancongan apabila tiada kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi dan ketiadaan tempat meletakkan bas.

Selain itu, keadaan di dalam muzium juga sekadar berlantaikan simen biasa dan tidak mempunyai sistem penghawa dingin walaupun suasana panas kerana bangunannya yang begitu dekat dengan jalan raya.

Paling menyedihkan, di luar bangunan Muzium Pertanian yang berusia hampir 90 tahun itu juga tiada menyediakan kemudahan tandas kepada pengunjung.

Pembantu Tadbir muzium tersebut, Senan Chinchalok, 51, ketika ditemui berkata, sepanjang tahun lalu, muzium tersebut hanya mencatat 373 pengunjung.

''Kebanyakan pengunjung mengakui tidak tahu terdapat sebuah Muzium Pertanian di sini dan hanya tahu apabila melalui kawasan ini untuk ke Tangkak (Johor).

''Mereka juga mengeluh kerana tiada papan tanda daripada bandar Melaka mengatakan ada muzium di sini," katanya sambil menambah kebiasaannya pengunjung hanya ramai sedikit pada musim cuti sekolah.

Laporan daripada buku rekod kedatangan pengunjung muzium itu juga mendapati, bermula Januari hingga Mei tahun ini, jumlah pengunjung ialah seramai 170 orang iaitu 31 orang pada bulan Januari, Februari (29), Mac (67), April (14) dan Mei (29).

Bagi anak jati Jasin, Ahmad Bohari Khudari, 36, dia tidak pernah mengunjungi Muzium Pertanian itu walaupun jaraknya hanya lima kilometer dari rumahnya.

''Saya ada melawat muzium-muzium lain di bandar raya Melaka, tetapi belum terlintas hendak ke Muzium Pertanian ini ke- rana kelihatannya tidak menarik. Saya ra- sa tiada apa yang menarik di sini

''Sudahlah kecil dan terpencil, promosi yang kurang juga menyebabkan saya tidak berminat untuk tahu apa yang ada di dalam muzium itu," katanya.

Menurut Siti Salina Yusop, 31, yang bekerja di bangunan bersebelahan muzium tersebut, dia jarang melihat rombongan pe- lancong berkunjung ke muzium tersebut.

"Kalau ada, hanya dua tiga kali, itu pun dalam sekumpulan enam hingga tujuh orang sahaja."

''Saya tengok pun, seperti tiada apa yang menarik di sini. Mungkin kerana lokasinya terpencil daripada muzium-muzium lain yang banyak terletak di bandar raya Melaka ditambah pula kurangnya papan tanda Muzium Pertanian dari jalan utama," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.