saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 29/05/2008

Tiada daya tarikan lain punca muzium sepi

JASIN 28 Mei - Ketiadaan produk pelancongan lain di daerah ini menjadi punca Muzium Pertanian yang terletak di pekan Jasin itu menjadi lengang dan tidak mendapat sambutan di kalangan pengunjung.

Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas berkata, beliau tidak menafikan Muzium Pertanian memang kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan muzium- muzium lain di bawah pentadbirannya yang terletak di Bandar Melaka.

''Tapi ia bukan disebabkan kurangnya promosi, sebaliknya kerana kekurangan produk pelancongan lain yang boleh dijadikan tarikan daya pelancong ke Jasin selain muzium ini. Secara logiknya, pelancong tidak akan datang ke Jasin semata-mata untuk ke muzium ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berbanding dengan sambutan yang diterima terhadap muzium Perzim yang lain di bandar raya Melaka, Khamis berkata, pelancong boleh ke tempat pelancongan lain yang menarik berhampiran muzium tersebut.

''Di bandar raya Melaka, ada banyak produk pelancongan, sebab itu pelancong boleh ambil kesempatan melawat muzium," katanya.

Justeru, beliau berharap agar semua agensi kerajaan yang berkaitan dapat berusaha untuk menambahkan lagi produk pelancongan di daerah ini.

''Kita tidak akan memindahkan Muzium Pertanian ke bandar raya Melaka kerana fokus utamanya ialah mengenai sejarah pertanian di Jasin.

''Sebaliknya Perzim berharap suatu hari nanti, muzium ini tidak lagi lengang setelah disokong produk pelancongan yang lain di daerah ini," katanya.

Beliau memberitahu, Perzim sendiri kini sedang rancak memulihara semula rumah tradisional dan masjid-masjid lama di daerah ini untuk dijadikan produk pe- lancongan baru.

''Kita telah bekerjasama dengan pengusaha sebuah hotel di sini untuk membawa pelancong mengenali produk pelancongan ini setelah ia siap nanti.

''Kita juga sudah siapkan dan edarkan risalah Jejak Warisan Islam yang menceritakan tempat sejarah perkembangan Islam di Jasin pada masa dahulu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.