saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/05/2008

Suhakam siasat dakwaan FRU pukul mekanik 9 Jun

KUALA LUMPUR 30 Mei - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memulakan siasatan pada 9 Jun ini terhadap dakwaan seorang mekanik, Chang Jun Haui yang dicederakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di jalan keluar masuk Bandar Mahkota, Cheras Selasa lalu.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Siva Subramaniam berkata, satu mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan Tan Sri Abu Talib Othman baru-baru ini memutuskan siasatan kekerasan yang dilakukan pasukan FRU terhadap mangsa itu perlu dijalankan.

Menurut Subramaniam, kekerasan yang dilakukan pasukan FRU sehingga mencederakan badan, mulut dan muka mangsa itu telah melanggar asas hak asasi manusia dan merupakan kesalahan yang serius.

''Kami memahami hak polis untuk menyoal sesiapa dan menggunakan tahap kekerasan yang dibenarkan tetapi perlulah dilakukan selaras dengan pendekatan hak asasi manusia.

''Mustahil sebuah kereta yang membawa empat orang boleh menyerang atau hendak melanggar sepasukan 30 anggota FRU.

''Mangsa bersama dua lelaki dan seorang perempuan muda lalu di tempat itu setelah minum di sebuah restoran dan hendak pulang ke rumah apabila diserang oleh 30 anggota FRU sehingga cedera dan cermin kereta dipecahkan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini hari ini.

Sepatutnya, kata Subramaniam, mangsa yang tidak membawa sebarang senjata itu perlu diarah keluar dan disoal siasat dan bukan dicederakan tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.