saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/05/2008

Hazamin ajak peminat berzikir


MUHAMMAD HAZAMIN HARUN


ZIKIR dan doa merupakan amalan harian yang diamalkan setiap kali selepas bersolat. Menyedari bertapa pentingnya amalan zikir dan doa, Islamic Media Entertainment (IME) kini mengambil inisiatif menerbitkan album yang mengetengahkan Hazamin dari kumpulan In-Team.

Merupakan salah satu daripada projek terbaru syarikat rakaman In-Team Records, album Zikir dan Doa - Selepas Solat itu memuatkan 10 trek termasuk zikir, doa, laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Hazamin atau nama sebenarnya Muhammad Hazamin Harun ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, proses rakaman album solo pertamanya itu memakan masa seminggu pada pertengahan Mac lalu.

Menurut anggota kumpulan In-Team berusia 28 tahun itu, kelebihan album tersebut ialah selain membantu para peminatnya menghafal zikir dan doa dengan mudah, ia juga turut diselitkan dengan bacaan al-Quran secara bertarannum.

“Mungkin selama ini masyarakat hanya tengok kumpulan In-Team lebih kepada album nasyid sahaja.

“Tetapi sekarang, dengan adanya album Zikir dan Doa - Selepas Solat ini masyarakat dan peminat terutamanya dapat mengetahui bahawa album In-team tidak hanya tertumpu pada nasyid,” kata bekas pelajar jurusan Mekatronik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Dengan hanya melibatkan kos sebanyak RM5,000, album tersebut pastinya dapat membantu masyarakat umum dalam menghafal zikir dan doa selepas solat terutamanya para remaja.

Lelaki Arab beri buku doa

Sementara itu, tanggal 18 April lalu, Hazamin bersama isterinya ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Bagaimanapun, menurut artis kelahiran Temerloh, Pahang itu satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah dia didatangi oleh seorang lelaki Arab sambil menghulurkan sebuah buku yang mengandungi pelbagai doa kepadanya.

“Saya terkejut juga ketika itu namun saya tetap menerimanya. Pesan lelaki Arab itu ialah agar saya membaca dan menghafal semua doa-doa yang terkandung dalam buku tersebut.

“Kebetulan, saya nak buat album Zikir dan Doa - Selepas Solat ini, jadi saya rasa tak salah kalau saya selitkan beberapa doa yang terdapat dalam buku tersebut,” katanya.

Harapannya agar umat Islam seluruh negara dapat memiliki album tersebut dan menjadikan zikir serta doa yang terkandung dalam album tersebut sebagai amalan harian.

Album terbitan IME dan edaran In-Team Records itu telah pun berada di pasaran tempatan sejak 13 Mei lalu dan dijual dengan harga RM19.90 bagi cakera padat dan RM13.90 untuk kaset.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.