saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 31/05/2008

Konflik penduduk-Grand Saga selesai


SELESAI... Menteri Kerja Raya, Ir. Mohd. Zin Mohamed (belakang lelaki baju belang) dan penduduk Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur melihat jentolak mengalihkan tembok yang dibina oleh syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga setelah Kabinet semalam mengarahkan laluan kontroversi yang mencetuskan pertelingkahan selama dua tahun dibuka semula serta-merta.


KUALA LUMPUR 30 Mei – Kabinet hari ini mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras (BMC) ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn di Lebuh Raya Cheras-Kajang yang mencetuskan kontroversi sejak dua tahun lalu dibuka serta-merta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, laluan tersebut akan terus dibuka sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung pertikaian penutupan laluan itu antara pemegang konsesi lebuh raya, Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan pemaju BMC, Narajaya Sdn. Bhd. (Narajaya).

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri hari ini menerima cadangan kementerian agar laluan itu dibuka sementara setelah mengambil kira kepentingan penduduk taman perumahan tersebut selain mengelakkan kontroversi itu terus berlarutan.

Dengan keputusan itu, jelas beliau, penduduk BMC kini boleh menggunakan laluan tersebut untuk ke Lebuh Raya Cheras-Kajang berbanding sebelum ini mereka terpaksa melalui bandar Sungai Long dan membayar tol di Plaza Tol Batu 11.

“Selepas mahkamah membuat keputusan pihak kementerian akan melihat semula dan membuat semakan sekiranya keputusan yang dibuat itu boleh menjejaskan penduduk.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan memberikan kelegaan kepada penduduk dan tanda kerajaan prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat terutama di kawasan BMC,” katanya kepada pemberita selepas meninjau laluan kontroversi itu di sini.

Kontroversi itu bermula apabila penduduk BMC marah setelah laluan ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Raya Cheras-Kajang disekat dengan tembok penghadang oleh Grand Saga pada Januari 2006.

Tembok itu dibina bagi menghalang kemasukan terus trafik dari Bandar Mahkota Cheras ke Persimpangan Bandar Tun Hussein Onn, Lebuh Raya Cheras-Kajang, untuk mengelakkan daripada membayar tol di Plaza Tol Batu 11, Cheras.

Pada 21 April 2008, Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras memecahkan tembok itu dan mereka turut berkawal untuk memastikan laluan itu tidak ditutup semula.

Selepas tembok asal dipecahkan, Grand Saga membinanya semula sebanyak dua kali, namun dipecahkan semula oleh penduduk.

Ketegangan terus berlaku sehingga tercetus insiden terbaru Selasa lalu apabila penduduk bergaduh dengan sekumpulan lelaki yang cuba menghalang tembok itu dirobohkan sehingga menyebabkan beberapa orang cedera termasuk seorang jurugambar akhbar Utusan Malaysia.

Pada 12 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penduduk Bandar Mahkota Cheras bagi mendapatkan perintah injunksi menghalang Grand Saga membina semula tembok penghadang.

Difahamkan kes itu akan disebut semula pada 25 Jun ini.

Mohd. Zin seterusnya meminta penduduk supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan berhubung isu tersebut hingga mencetuskan kekecohan.

Menurut Mohd. Zin, Grand Saga telah bersetuju untuk tidak mendirikan tembok penghadang sehingga keputusan mahkamah diperoleh.

Jelas beliau, sehingga keputusan mahkamah dibuat, Grand Saga boleh menuntut ganti rugi daripada kerajaan mengikut perjanjian konsesi sehingga boleh menjangkau RM9,000 sehari (RM270,000 sebulan atau lebih RM3.5 juta setahun).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Taliworks Corporation, Abdul Rahman Siraj menyifatkan keputusan Kabinet adil untuk penduduk dan Grand Saga.

Taliworks adalah antara pemegang saham dalam Cerah Sama Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang memiliki Grand Saga.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.