saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 31/05/2008

'Lepaskan jawatan Pengerusi SIC'

PUTRAJAYA 30 Mei - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini meminta Datuk Mokhzani Mahathir yang mengumumkan keluar daripada UMNO minggu lepas, melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atas alasan jawatan itu adalah hak kerajaan.

"Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar UMNO, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan," kata Ismail Sabri merujuk kepada SIC yang merupakan anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.

Mokhzani pada 21 Mei lepas mengumumkan keluar daripada UMNO untuk mengikut jejak bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar daripada parti terbesar orang Melayu itu atas alasan tidak lagi yakin terhadap kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri.

Ismail Sabri hari ini juga tidak menghadiri majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran SIC yang diadakan di kementerian itu kerana kebetulan mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di bangunan sama.

Ketika ditanya pemberita mengapa beliau tidak menghadiri majlis pelancaran itu, Ismail Sabri berkata: "Secara prinsipnya, bila Mokhzani keluar daripada UMNO kerana tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, itu bermakna beliau juga tidak yakin dengan saya sebagai menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri.''

''Jadi mengapa saya perlu menghadiri majlis tersebut. Bukannya saya tidak suka sukan permotoran tetapi sebagai menteri kerajaan, tidak kenalah... (bila Mokhzani turut hadir)," kata Ismail Sabri.

Dalam reaksi balas, Mokhzani, 47, yang juga bekas Bendahari Pemuda UMNO berkata, beliau tidak akan berbuat demikian kerana tiada arahan daripada MAHB atau Kementerian Kewangan.

Mokhzani, ketika dihubungi berkata, Ismail Sabri sepatutnya merujuk perkara tersebut (peletakan jawatan) kepada MAHB atau Kementerian Kewangan.

"Sehingga kini, selepas (saya) keluar UMNO pada awal Mei, tiada arahan bagi saya melepaskan jawatan sekarang. Oleh itu, saya tetap menjalankan tugas sebagai Pengerusi SIC," katanya.

Beliau berkata, jika Perdana Menteri sendiri mahu beliau berhenti, Abdullah mempunyai hak berbuat demikian melalui 'surat peletakan jawatan tanpa tarikh' yang diserahkannya pada 2006.

"Menjadi amalan saya, bila saya dilantik ke jawatan sukarela sebagai Pengerusi SIC... tanpa gaji, pada masa yang sama, saya menyerahkan surat peletakan jawatan tetapi tanpa tarikh. Apa yang perlu dilakukan ialah mengisi tarikhnya sahaja," katanya.

Mokhzani dilantik menjadi Pengerusi SIC pada 2003 menggantikan Tan Sri Basir Ismail, yang merupakan Pengerusi SIC yang pertama.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.