saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/06/2008

Malaysian Artistes For Unity

MUNGKIN ada yang pernah dengar tentangnya malah sedutan mengenainya pernah disiarkan pada Anugerah Industri Muzik (AIM) baru lalu. Tapi Wanda rasa tidak ramai lagi yang mengetahui intipati dan objektif kepada projek yang diterbitkan oleh Pete Teo ini.

Sebenarnya Malaysian Artistes For Unity merupakan projek yang disertai 120 individu tempatan terdiri daripada artis, selebriti, aktivis, personaliti media, pemuzik, penari, ahli sukan, pembuat filem, penerbit, model dan sebagainya.

Projek ini mengetengahkan dua perkara – pelbagai artis merakamkan sebuah lagu perpaduan dan video muzik lagu itu yang menampilkan lebih 50 individu terkenal Malaysia yang digabungkan dan kemudian ditayang dan diedarkan kepada umum secara percuma menerusi saluran media juga Internet.

Objektifnya mahu meraikan kepelbagaian budaya dan idea sebuah Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video. Pernah dengar lagu Here In My Home. Lagu itu ditulis oleh Pete Teo istimewa untuk projek ini. Lagu Inggerisnya dah pernah Wanda dengar dan ia sesuatu yang indah. Seronok juga dengar Awie menyanyi dalam bahasa Inggeris.

Akan terdapat versi Melayu, Mandarin dan Tamil dan dinyanyikan oleh 16 artis berbeza dengan Afdlin Shauki menerbitkan lagu versi Melayunya pada fasa kedua projek ini.

Video pula diarahkan bersama oleh Yasmin Ahmad dan Ho Yuhang. Selain 16 penyanyi terbabit, lebih 30 individu tampil secara kameo.

Artis terlibat adalah Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Reshmonu, Pete Teo, Atilia, Jason Lo, KLG Sqwad, Altimet, Suki, Daniel Lee, Nikki Palikat dan Melina William.

Sementara yang menjadi cameo antaranya Tony Fernandes, Maya Karin, Harith Iskander, Shebby Singh, Sharifah Amani, Ng Choo Seong, Amber Chia, Ho Yuhang dan Yasmin Ahmad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.