saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 02/06/2008

Mahkamah tolak petisyen pilihan raya DUN Manir

KUALA TERENGGANU 1 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos petisyen berhubung dakwaan salah laku penyokong dan aktivis Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee dalam penghakimannya berkata, mahkamah memutuskan demikian setelah pempetisyen gagal menyatakan kaitan antara responden iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Datuk Harun Taib dengan insiden memukul dan menahan pengundi daripada mengundi pada pilihan raya lepas.

Menurut beliau, kandungan petisyen sepatutnya mengandungi fakta material yang kukuh iaitu telah berlaku amalan menyeleweng serta salah laku yang mempunyai kaitan dengan pilihan raya.

Katanya, petisyen itu juga mesti menyertakan bukti amalan menyeleweng serta salah laku itu telah dilakukan oleh calon atau dengan pengetahuannya atau mendapat izin daripada ejen atau calon itu sendiri.

"Tidak cukup apabila pempetisyen hanya menyatakan amalan menyeleweng yang dikatakan terjadi itu telah dilakukan oleh responden atau dengan pengetahuannya.

"Tiada secebis pun fakta dalam petisyen ini yang boleh menyokong perkara itu," jelasnya.

Hakim Hwee Gee berkata, pempetisyen juga gagal membuktikan responden turut terlibat dalam menghalang pengundi daripada mengundi serta bagaimana tindakan itu memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

"Insiden ini hanya melibatkan seorang pengundi dan jika pun pengundi itu mengundi pempetisyen, ia tidak mengubah keputusan pilihan raya kerana responden menang dengan majoriti 406 undi," ujarnya.

Malah, dalam insiden melibatkan dua pengundi iaitu Mustaffa Yusof dan Muhammad Amiruddin yang dikatakan ditahan dan dipukul di hadapan pusat mengundi sehingga menimbulkan ancaman umum serta menjejaskan keputusan pilihan raya, Hwee Gee berkata, insiden itu juga tidak dibuktikan.

Petisyen untuk kerusi DUN Manir difailkan oleh bekas calon Barisan Nasional, Wan Sagar Wan Embong pada 28 April lalu.

Beliau meminta mahkamah bertindak terhadap salah laku para penyokong dan aktivis Pas pada pilihan raya umum lalu yang, antara lain, menghalang pengundi membuang undi, merampas kad pengenalan pengundi dan menakutkan pengundi daripada keluar mengundi.

Wan Sagar yang diwakili sekumpulan tujuh orang peguam yang diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin menamakan Harun sebagai responden manakala ADUN Manir itu diwakili oleh barisan peguam yang diketuai Mohd. Arif Yusof.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.