saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/06/2008

Minyak naik Ogos? - Berikutan penstrukturan semula harga subsidi petrol, diesel

KUALA LUMPUR 2 Jun – Harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan harga petrol dan diesel tersebut tidak akan menjejaskan pengguna berpendapatan rendah yang akan terus menikmati skim subsidi baru.

“Ia akan berlaku... harga minyak akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini hari ini.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Menurut Shahrir, skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna.

“Sekarang ini, tiada sekatan terhadap pemberian subsidi minyak. Walau banyak manapun kita beli diesel atau petrol, kita akan dapat subsidi.

“Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.

“Kerajaan mahu mewujudkan satu sistem baru yang tidak menjurus kepada masalah dan sepatutnya ia (subsidi) adalah untuk golongan yang amat memerlukan,” katanya.

Shahrir berkata, beberapa cadangan mengenai mekanisme skim subsidi baru petrol dan diesel sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan bentuk mekanisme tersebut.

“Kita akan menggunakan tempoh dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api," katanya.

Mengenai sekatan penjualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak di sempadan negara, Shahrir menjelaskan, pelaksanaannya adalah sebagai langkah sementara bagi menangani kebocoran pemberian subsidi minyak kepada rakyat negara ini.

Mulai hari ini, kerajaan menguatkuasakan larangan ke atas rakyat asing membeli bahan bakar di stesen-stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand manakala bagi sempadan Malaysia-Singapura pula ia akan dimulakan pada 9 Jun ini.

Langkah itu diambil ekoran keputusan mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Pelaksanaan langkah itu membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand membabitkan negeri Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.

Shahrir memberitahu, larangan tersebut bagaimanapun mengecualikan para penunggang motosikal.

“Sudah ada laporan mengenai beberapa perniagaan tempatan yang terjejas akibat larangan itu tetapi kita tetap terpaksa melaksanakannya demi kebaikan semua pihak.

“Kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi sebanyak RM56 bilion pada tahun ini untuk minyak sahaja dan langkah sekatan ini akan dapat mengurangkan penyaluran subsidi kepada mereka yang tidak berkaitan," katanya.

Harga minyak di pasaran dunia terus meningkat sehingga mencecah lebih AS$135 setong dua minggu lalu tetapi kini stabil di paras AS$128.

Di Indonesia, harga petrol dan diesel telah dinaikkan sehingga 30 peratus manakala kerajaan India bercadang menaikkan harga bahan api itu sehingga 22 peratus daripada harga sekarang.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.