saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/06/2008

Bangunkan teknologi tenaga


Jeanne Abdullah menyampaikan Replika cek Anugerah Langkawi 2007 kepada Dr. Mohammed Anwar Fazal Mohammed (kanan) sambil diperhatikan Douglas Uggah dan Maznah Mazlan di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 5 Jun - Syarikat swasta digesa bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam membangunkan teknologi yang lebih berkesan dari segi penggunaan bahan api bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia termasuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha membangunkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan ombak.

''Usaha sedemikian yang bertujuan menghijaukan ekonomi juga akan menjadi tenaga penggerak yang boleh membawa peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan baru serta mewujudkan industri-industri baru," katanya.

Abdullah berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Langkawi 2007 dan Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar 2006/2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas; Timbalannya, Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Suboh Mohd. Yasin.

Anugerah Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar 2006/2007 itu dimenangi oleh Majlis Daerah Pekan, Pahang bagi kategori Majlis Daerah, manakala kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran dimenangi oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor.

Dewan Bandaraya Kuching Utara, Sarawak pula memenangi kategori ibu negeri.

Anugerah Langkawi 2007 pula diberikan kepada aktivis alam sekitar, Datuk Dr. Mohammed Anwar Fazal Mohammed atas sumbangannya dalam bidang alam sekitar sama ada dari segi pengurusan, perniagaan, penyelidikan, akademik serta penulisan.

Abdullah berkata, pembangunan serta kemajuan fizikal, sosial dan ekonomi tidak bermakna jika negara gagal mengekalkan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif.

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu berganding bahu dan bersatu tenaga memelihara dan memulihara alam sekitar.

''Kerajaan juga berharap komuniti korporat dapat berusaha menjalankan operasinya dengan lebih bersih dan cekap agar pencemaran dapat dikurangkan secara langsung," katanya.

Perdana Menteri menambah, perubahan ketara iklim sedunia, serta kenaikan harga pasaran minyak sedunia seharusnya membawa kepada perubahan struktural dalam penggunaan bahan api.

Sehubungan itu katanya, penggunaan bahan yang berkarbon rendah seharusnya ditekankan, baik dari segi ekonomi, mahupun dari segi gaya hidup keluarga dan individu.

Sementara itu, Douglas dalam ucapannya berkata, Malaysia berada di hadapan berbanding negara anggota ASEAN lain selain Singapura dalam mengambil tindakan ke arah pencapaian taraf kelestarian bandar di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.