saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/06/2008

Kemudahan komputer riba, kereta disambut baik

KUALA LUMPUR 5 Jun - Pegawai penyiasat polis menyambut baik penyediaan kemudahan pemberian komputer riba dan sebuah kereta bagi memudah dan meningkatkan kecekapan mereka menyelesaikan sesuatu kes.

Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Supritendan Tan Chek Yang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berkata, ia langkah proaktif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan kemudahan logistik para anggotanya.

"Kemudahan ini tentu dapat memantapkan pasukan polis seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini.

"Kemudahan yang diberi akan memudahkan segala proses dokumentasi dan hasil siasatan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan cepat," jelas beliau.

Beliau menambah, kemudahan kereta khas juga adalah alternatif membantu siasatan segera ke lokasi kejadian dan menemu bual saksi pada bila-bila masa tanpa menggunakan kereta polis peronda (MPV).

Jelas Chek Yang, sebelum ini pihaknya sering bergantung kepada kereta MPV untuk menjalankan siasatan.

"Selepas menerima kenderaan khas ini, kita yakin pasukan penyiasat lebih mudah menghantar kertas siasatan secara dalam talian ketika berada di lokasi," katanya.

Seorang Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Faizul Mat Isa berkata, dia mengakui kemudahan logistik itu akan dapat memperbaiki kualiti siasatan kes jenayah.

"Langkah ini selaras hasrat PDRM untuk mempertingkatkan lagi kualiti penyiasatan, kadar kes diselesaikan dan produktiviti pasukan polis secara keseluruhannya.

"Selain memperbaharui sistem yang telah usang, usaha ini dilihat dapat membangunkan sistem baru bagi meningkatkan kecekapan dan keupayaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.

Tambah beliau, sistem laporan polis 24 jam (PRS) dan Sistem Arahan Maklumat (E-Siar) dari PDRM turut dapat dilihat di seluruh negara.

"Ini bermakna polis akan menerima arahan itu dengan lebih cepat selepas orang ramai membuat laporan polis dan setiap maklumat itu dihantar terus ke Bukit Aman dan mempercepat usaha mengesan suspek terlibat," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.