saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 09/06/2008

Selesai masalah dunia dengan berdialog

TATKALA dunia maju dengan peradabannya, manusia pula terpaksa hidup dengan 1001 persoalan yang perlu dijawab, pergelutan hidup, peperangan, kebuluran dan pelbagai lagi kekangan dan cabaran.

Manusia yang berakal tentunya ingin melihat segala kesengsaraan ini dikurangkan, walaupun pada hakikatnya siapa antara manusia ini yang tidak mahu ia terus dihapuskan?

Salah-satu kaedahnya ialah dengan berdialog. Mencari satu ketetapan, yang mana setiap individu dari setiap bangsa dapat duduk semeja dan sebumbung untuk mencapai satu persetujuan dan kefahaman tentang erti kedamaian sejagat.

Daisaku Ikeda adalah salah seorang daripada penggiat utamanya. Beliau yang menerima Hadiah Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menjelajah lebih daripada 50 buah negara untuk mempromosikan keamanan sejagat.

Kini beliau sebagai Presiden Soka Gakkai International, yang dianggotai oleh 190 buah negara dan wilayah, mendambakan dirinya untuk tujuan murni ini.

Hasil daripada lawatannya ke 50 buah negara itu, beliau telah menulis sebuah buku yang amat menarik dan harmonis. Diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Nazel Hashim Mohamad, bertajuk Pertemuan yang Indah - kenangan pertemuan dengan tokoh-tokoh dari seluruh dunia yang tidak dapat dilupakan.

Ia diterbitkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan adalah lanjutan daripada jaringan kefahaman antara Soka Gakkai International dengan Gapena, yang telah menyaksikan anugerah Mahapendita Serwa Alam yang telah disampaikan oleh Ketua Satu Gapena, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Ismail Hussein kepada Dr. Daisaku Ikeda pada 20 Mac 2006.

Buku Pertemuan yang Indah ini mengisahkan pertemuan Daisaku Ikeda dengan 30 orang tokoh dunia, yang dimulai dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Antara yang menarik perhatian ialah dialog Ikeda dengan Dr. Athayde, mantan Presiden Akademi Persuratan Brazil. Hasil daripada dialog ini, Ikeda dan Dr. Athayde telah berjaya menghasilkan sebuah buku bertajuk Hak Asasi Manusia dalam Abad ke-21, iaitu wasiat Dr. Athayde, sebelum beliau meninggal dunia. Dr. Athyade yang ditemui Ikeda telah bersetuju untuk berdialog dengan Ikeda pada setiap Sabtu selama dua jam.

Dr. Athayde meluangkan masanya (yang ketika itu sudah agak uzur) untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Ikeda. Dr. Athayde 'berdialog' dengan Ikeda seolah-olah Ikeda sentiasa berdampingan dengannya. Kesungguhan mereka ini mencapai titik noktahnya, apabila Dr. Athayde dimasukkan ke hospital kerana pneumonia. Walaupun berada di wad jagaan rapi, beliau ingin keluar segera dari wadnya, untuk meneruskan bicara dialognya dengan Ikeda. Lapan belas hari kemudiannya, Dr. Athayde menghembuskan nafasnya yang terakhir. "Tirai telah berlabuh ke atas satu bab persuratan Brazil".

Apa yang lebih menarik ialah kebanyakan teman dialog Ikeda ada antaranya yang telah meninggal dunia meninggalkan kesan-kesan yang mendalam terhadap usaha penyatuan bangsa manusia.

Buku ini penting dibaca untuk membuka minda semua pembaca, bahawa masih ada harapan di hujung jalan - keamanan. Sekiranya peperangan dianggap sebagai penyelesaian terakhir, teman-teman bicara Ikeda telah membuktikan bahawa peperangan bukan sahaja memusnahkan harta-benda, malah menghancurkan kepercayaan sesama sendiri.

Buku yang menarik ini menjadi satu tanda ingatan Ikeda terhadap usaha-usaha yang telah dimainkan oleh tokoh-tokoh dialognya.

Tajuk: PERTEMUAN YANG INDAH

Pengarang: Daisaku Ikeda

Penterjemah: Nazel Hashim Mohamad

Penerbit: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia

Tahun: 2007

ISBN: 978-983-42074-2-7

Tebal: 223 muka surat

Pengulas: KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.