saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/06/2008

Islam dan Barat perlu rapatkan jurang

KUALA LUMPUR 9 Jun - Negara-negara Islam dan Barat bertanggungjawab memainkan peranan dalam merapatkan jurang di antara negara-negara tersebut dengan tumpuan utama menghapuskan ancaman anasir negatif terhadap dunia Islam.

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz berkata, antara dua perkara negatif yang sering dikaitkan dengan dunia Islam ialah keganasan dan ekstremisme.

''Bagaimanapun, jika dikaji semula kegiatan ekstremis tidak hanya berlaku dalam dunia Islam malahan juga dalam pelbagai masyarakat bukan Islam.

"Salah satu sebab wujudnya kegiatan ekstremis dalam mana-mana masyarakat ialah penafian sebarang bentuk hak termasuklah hak asasi manusia, pendapatan dan penyelesaian konflik.

''Selain itu perhatian dan layanan yang diberikan kepada masyarakat Islam, contohnya ketika di lapangan terbang tertentu, memberikan imej negatif dan ada kalanya menghina masyarakat Islam sendiri.

''Ada orang Islam yang perlu menjalani pemeriksaan keselamatan tertentu sebelum dibenarkan masuk ke mana-mana negara," katanya.

Shaukat berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel pada sesi pleno pertama Persidangan Antarabangsa Dunia Islam bertemakan 'Rapatkan Jurang Dunia Islam dan Barat' di Hotel Shangri La di sini hari ini.

Beliau menambah, antara langkah lain yang perlu diambil dalam merapatkan jurang dunia Islam dan Barat ialah menghentikan penghasilan karya- karya seni termasuklah kartun dan filem yang memberikan imej tertentu kepada mana-mana agama atau pemimpin agama.

''Masyarakat Islam dan Barat juga perlu lebih terbuka dalam membincangkan pelbagai perkara bagi memastikan tidak timbul sebarang salah faham mahupun rasa tidak senang di antara satu sama lain," ujarnya.

Sementara itu, Duta Khas Sepanyol bagi Hubungan Dunia Islam, Jose Maria Ferre de La Pena berkata, pendekatan terbaik untuk merapatkan jurang dunia Islam dan Barat adalah meningkatkan pengetahuan di antara satu sama lain.

''Biarlah isu-isu politik diselesaikan secara politik tanpa menyentuh hal-hal agama. Tetapi pengetahuan dan komunikasi di antara dunia Islam dan Barat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.

Sidang pleno hari ini disertai oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanouglu; Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Kajian Islam Raja Faisal, Putera Turki Al-Faisal; Timbalan Speaker Dewan Rakyat Perancis, Jean Marie Le Guen; ahli Dewan Rakyat Palestin, Dr. Sahar Al-Quassma dan Setiausaha Parlimen Hubungan Antara Budaya Australia, Laurie Ferguson.

Bekas Duta Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail bertindak sebagai moderator.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.