saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 10/06/2008

Rodney jadi polis penuhi hasrat bapa


RODNEY PASLA (empat dari kanan) ketika menyertai kejohanan bola sepak merebut Piala TNC UMS 1998.


Dorongan kuat dari bapa merupakan penyebab utama beliau memilih polis sebagai kerjayanya.

Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Cawangan Siasatan Jenayah Berat D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Asisten Supritendan (ASP) Rodney Pasla Haris, 31, tidak pernah menyangka hasrat bapanya itu menjadi kenyataan.

“Sewaktu masih bersekolah sehingga tamat belajar di universiti, saya tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi polis.

“Bapa saya menyakinkan saya kerjaya sebagai polis akan menyebabkan kehidupan seseorang itu terjamin dan mudah diterima masyarakat,’’ katanya.

Tambahnya, ketika masih di bangku sekolah, beliau lebih aktif dalam kokurikulum yang melibatkan aktiviti sukan.

“Walaupun bapa saya seorang pegawai perubatan di Sibu, Sarawak tetapi apabila berbincang mengenai cita-cita dan kerjaya saya, dia mesti syorkan saya jadi polis,’’ ujarnya.

Selain itu, Rodney turut mengakui hatinya semakin tertarik untuk menyertai polis setelah melihat ramai antara teman sekuliah memilih untuk menjadi anggota polis setelah tamat pengajian.

“Ada antara rakan saya yang dulunya selekeh kini kemas, segak bergaya dan berdisiplin setelah menyertai polis,’’ ujarnya.

Pada 1 November 2003, beliau telah memulakan langkah kanan ke dunia polis apabila menerima tawaran untuk menjalani latihan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dengan pangkat sebagai Kadet ASP.

“Seorang anggota polis itu perlulah mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum berkhidmat kepada masyarakat,’’ tegasnya yang juga merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 1998.

Sebelum menyertai polis, pemegang Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa ini pernah berkhidmat sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka, Sibu pada tahun 2001.

Awal tahun 2002 pula, Rodney bekerja sebagai ketua pasukan operasi lapangan di sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi di Sibu.

Sejurus menamatkan latihan pada 2004, beliau yang keluar dengan pangkat ASP telah diarahkan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPD Johor Bahru Selatan pada tahun yang sama.

“Di situlah saya mula mengetahui cabaran yang ditanggung oleh seseorang anggota polis,’’ ujarnya.

Antara pengalaman pahit yang tidak dapat beliau lupakan ialah pada pagi Hari Raya Aidilfitri 2005 beliau menerima panggilan dari balai polis untuk menjalankan siasatan kes pembunuhan.

“Ketika itu saya sedang bersiap-siap hendak ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri,’’ ujarnya.

Tambahnya, setelah menerima panggilan tersebut beliau terpaksa membatalkan hasrat untuk beraya bersama rakan-rakannya.

“Bayangkan ketika orang lain sedang sibuk berkumpul dan bergembira, saya dan anggota yang lain duduk di pejabat sambil sibuk meneliti kes tersebut,’’ ujarnya.

Rodney menambah, kes tersebut juga merupakan kes pertama yang dikendalikan olehnya selepas tiga minggu tamat latihan.

“Tanpa bantuan daripada anggota bawahan, saya pasti akan berlaku kelewatan dalam menjalankan siasatan,’’ ujarnya

Pengalaman paling mencabar yang pernah beliau rasai ialah sewaktu menyertai ‘Ops Langgar Belakang’ yang melibatkan jangka masa siasatan selama tiga bulan sebelum kes tersebut dapat diselesaikan.

Kecemerlangan dalam perkhidmatan melayakkan dirinya tersenarai dalam penerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada Mei lalu.

“Penghargaan yang saya terima itu bukanlah milik saya semata-mata, ia milik semua anggota polis,’’ katanya.

Beliau juga pernah bertugas di Bahagian Risikan Cawangan Luar, Bukit Aman pada 2006 sebelum diarah untuk berpindah ke IPD Subang Jaya pada 2007.

Selain sibuk mengendalikan kes-kes berat, bekas Presiden Kadet Maktab Polis ini turut aktif dalam kegiatan sukan.

“Saya pernah mewakili pasukan bola sepak remaja Sarawak menentang pasukan remaja Australia pada 1995,’’ ujarnya.

Pengalaman manis Rodney dalam bidang bola sepak pula apabila beliau dianugerahkan pemain terbaik kejohanan dalam merebut Piala Timbalan Naib Canselor (TNC) UMS.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Syarena Mohamed, 30, anak kelahiran Kelantan pada 16 Disember 2005.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.