saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/06/2008

Tajol Rosli dianggap tidak gentleman

GERIK 9 Jun – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin kecewa dengan sikap Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kerana sehingga kini masih belum menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada beliau.

Menurutnya, Tajol Rosli sepatutnya lebih terbuka dengan datang berjumpa dengannya untuk menyerahkan tugas Menteri Besar itu sebaik sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lepas.

Kata beliau, sikap bekas Menteri Besar itu yang sehingga sekarang tidak mahu berbuat demikian di- anggap tidak gentlemen (bersifat lelaki budiman) malah jauh berbeza dengan bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

‘‘Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang), bekas Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) dan Menteri Besar lama Kedah (Datuk Seri Mahdzir Khalid) semuanya bersalam dan serah tugas secara rasmi kepada penggantinya. Tetapi sampai sekarang orang ramai tidak pernah tengok pun bekas Menteri Besar Perak bersalam dengan saya serah tugas, apa salahnya jumpa saya seperti bekas Menteri Besar lain,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis jamuan rakyat sempena lawatan kerja ke daerah Hulu Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana masih belum membenarkannya ke udara menerusi saluran radio Perak FM.

Jelas beliau, selaku Menteri Besar dan wakil kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat serta perkenan Sultan Perak, RTM sepatutnya memberi penghormatan kepada kerajaan negeri campuran sekarang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.