saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/06/2008

Dunia masuki era baru tenaga nuklear

AOMORI, Jepun 9 Jun - Kuasa ekonomi dunia membuat perisytiharan bahawa dunia kini memasuki era baru tenaga nuklear berikutan kebimbangan terhadap harga minyak yang sangat tinggi dan pemanasan global.

Kumpulan negara industri G8 telah mengadakan mesyuarat dengan China, India dan Korea Selatan hujung minggu lalu.

Sebelas negara terbabit yang menggunakan dua pertiga tenaga dunia dalam kenyataan bersama menyatakan "semakin banyak negara menyatakan minat terhadap program tenaga nuklear."

"Kita berada di ambang zaman baru nuklear," kata Setiausaha Tenaga Britain, John Hutton.

Beliau berhujah, ia merupakan "perkara positif kepada dunia" dengan alasan kuasa atom membebaskan sedikit karbon dioksida dan dapat memastikan kelangsungan bekalan tenaga.

Amerika Syarikat, Kanada dan Itali telah melancarkan semula pembinaan loji tenaga nuklear selepas kenaikan harga minyak sebanyak lima kali ganda sejak tahun 2003.

Menteri Sumber Asli Kanada, Gary Lunn bersetuju bahawa tenaga nuklear "akan memainkan peranan penting pada tahun-tahun mendatang."

Kanada yang tidak pernah membina loji nuklear sejak tiga dekad kini dalam proses membina reaktor baru.

"Kami komited terhadap penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan," jelas Lunn.

Menteri Tenaga Itali, Claudio Scajora turut menyokong kuat kenyataan yang dibuat mengenai tenaga nuklear.

Bagaimanapun, Jerman merupakan negara dalam kumpulan ini yang terkecuali selepas pada tahun 2000 ia mengisytiharkan penutupan semua loji nuklearnya.

"Jerman telah membuat keputusan untuk menghapuskan penjanaan tenaga nuklear secara beransur-ansur.

"Ada pro dan kontra mengenai tenaga nuklear di Jerman. Penerimaan orang awam penting," kata Setiausaha Pentadbiran Tenaga Jerman, Jochen Homann.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.