saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 12/06/2008

Anggota polis dapat semula jawatan selepas 12 tahun

PUTRAJAYA 11 Jun - Penantian seorang anggota polis selama 12 tahun untuk mendapatkan semula jawatannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaloi apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan pemecatannya pada tahun 1996 sebagai tidak sah.

Ramzan Jantan, 42, yang ketika itu berpangkat Lans Koperal bertugas di Cawangan Pengangkutan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Johor dipecat pada 7 Jun 1996 untuk tempoh 144 bulan. Gaji terakhir yang diterimanya ialah RM901.

Dia yang menyara lapan orang anak kini bekerja sambilan sebagai pemandu lori.

Panel tiga hakim bersidang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Januari lalu yang memerintahkan dia diterima semula dalam perkhidmatan dengan pangkat yang sama.

Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Hashim Yusoff memutuskan demikian setelah menolak dengan kos permohonan pihak kerajaan untuk merayu.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi memohon untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap isu sama ada lembaga tatatertib boleh mengambil kira rekod kesalahan lampau sebelum menjatuhkan hukuman tanpa memberi notis kepada kakitangan awam yang dipecat.

Bagaimanapun, mahkamah berpendapat, isu mengenai perkara itu telah terjawab dalam satu kes lain pada tahun 1990 melibatkan penjawat awam, Shamsiah Ahmad Sham. Jadi panel berkenaan tidak perlu untuk memutuskannya lagi.

Ramzan diwakili oleh dua peguam, G. Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir.

Keputusan itu bermakna, rekod kesalahan lalu boleh diambil kira untuk menjatuhkan hukuman tetapi notis perlu diberikan kepada kakitangan awam bagi membolehkannya menjawab atau mengesahkan maklumat yang terkandung di dalamnya.

Pada 25 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Low Hop Bing dan Datuk Hasan Lah membenarkan rayuan Ramzan dengan kos.

Sehubungan itu, keputusan panel lembaga tatatertib yang memecatnya diketepikan manakala siasatan dijalankan bagi menentukan tunggakan gaji, emolumen dan faedah yang sepatutnya diterima sepanjang tempoh pemecatan selama 144 bulan.

Ramzan dipecat kerana gagal memaklumkan kepada ketuanya mengenai perubahan alamat kediamannya selepas berpindah ke rumah neneknya di Kampung Serkam, Merlimau, Melaka yang terletak 18 kilometer dari IPD Muar setelah dihalau oleh tuan punya rumah sewa.

Dia kemudian mengaku bersalah dalam satu prosiding tatatertib atas tuduhan menetap di luar daerah Muar tanpa mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah Muar.

Pada hari yang sama iaitu 7 Jun 1996, Ramzan turut didenda bersamaan lima hari gaji setelah dia didapati bersalah terhadap satu lagi tuduhan salah laku iaitu gagal mengisytiharkan aset berupa sebuah kereta Proton Saga milik isterinya, Azidah Musa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.