saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/06/2008

Permohonan pinjaman PTPTN secara online

12/06/2008 7:00pm

KUALA LUMPUR 12 Jun — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melaksanakan kaedah permohonan pinjaman secara online bagi menggantikan penggunaan Borang OMR untuk kemasukan pelajar semester satu 2008/2009.

Menurut PTPTN, borang pinjaman dalam talian itu boleh dibuat melalui laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my atau http://202.184.125.150.

Melalui kaedah ini, permohonan pinjaman boleh dibuat sepanjang tahun dan para pelajar dikehendaki mendapatkan nombor PIN di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM5.00 dan tempoh sah laku nombor PIN ialah enam bulan daripada tarikh permohonan kali pertama.

Menurut kenyataan PTPTN, ia akan memproses permohonan sebanyak dua kali bagi setiap semester berdasarkan kepada persetujuan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) berkenaan.

Permohonan untuk pelajar IPTA dan Politeknik akan dibuka mulai 13 Jun 2008 dan proses kelulusan kali pertama akan dibuat pada 23 Jun.

Para pelajar boleh menyemak keputusan permohonan mereka melalui laman web PTPTN dan mencetak dokumen tawaran pinjaman mulai 25 Jun 2008.

Bagi pelajar IPTS, kaedah online itu akan dibuka mulai 1 Ogos 2008 dan sebelum tarikh itu mereka boleh memohon pinjaman menggunakan kaedah sedia ada pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Para pelajar dikehendaki melengkapkan dua set dokumen termasuk dua keping setem hasil bernilai RM10 dan diserahkan di kaunter PTPTN di semua IPTA/IPTS pada tarikh yang ditentukan HEP,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai keedah iti boleh diperolehi menerusi talian 03-2092 7788 atau melayari [email protected]

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.