saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/06/2008

Kadar tempat letak kereta DBKL kekal

12/06/2008 7:14pm

KUALA LUMPUR 12 Jun — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa tiada kenaikan kadar bayaran caj tempat letak kereta berikutan pengenalan Sistem Letak Kereta Elektronik (SKLE) bermula Isnin ini.

Pengurus Komunikasi Korporat DBKL Anwar Mohd Zaid berkata kadar caj letak kereta di pusat bandar dan di luar pusat bandar masih kekal iaitu masing-masing 80 sen dan 50 sen sejam.

“Tiada kenaikan kadar bayaran tempat letak kereta walaupun sistem baru ini dilaksanakan pada 16 Jun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada laporan akhbar bahawa DBKL akan menaikkan kadar caj tempat letak kereta sehingga hampir 35 peratus berikutan pelaksanaan SLKE.

SLKE adalah sistem baru yang akan dilaksanakan DBKL bagi memantapkan pengurusan sistem tempat letak kereta yang lebih baik berbanding sistem sebelum ini dan dikatakan mesra pengguna.

Menerusi SLKE pengguna boleh membuat pilihan sama ada mahu membayar caj letak kereta berkonsepkan “Bayar dan Peraga” secara tunai dengan menggunakan syiling atau pembayaran secara kredit dengan menggunakan MyKad atau kad bank yang mempunyai aplikasi MEPS.

Berikutan pengenalan SLKE, waktu operasi pembayaran letak kereta dilanjutkan bermula dari 7.30 pagi hingga 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali cuti umum.

Sementara itu Plus Expressways Berhad (PLUS) dalam kenyataannya berkata Hentian Sebelah Tikam Batu, di Sungai Petani (Arah Selatan) di KM113.50 ditutup mulai Isnin lepas sehingga 27 Julai ini untuk membolehkan kerja-kerja menaik taraf dijalankan.

Pengguna lebuh raya dinasihati menggunakan kemudahan Hentian Sebelah Juru (Arah Selatan) di Km141.80 untuk berhenti rehat atau mendapatkan keperluan lain.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.