saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/06/2008

Azizah temui ketenangan


LEBIH 10 tahun bersama TV3, Azizah enggan untuk mencari haluan baru di stesen televisyen lain.


JIKA bercakap mengenai isu bertudung dan TV3, Ezzah Aziz Fawzy merupakan pembaca berita pertama di stesen televisyen swasta berkenaan yang tampil dengan imej bertudung.

Imej baru Ezzah sekitar tahun 1998 itu sememangnya mendapat reaksi yang positif daripada para penonton termasuk pimpinan TV3 sendiri.

Baginya, bertudung ternyata tidak menghalangnya untuk membina karier yang lebih cemerlang bersama stesen TV swasta berkenaan.

Keputusan Ezzah itu sedikit sebanyak membuka ruang kepada beberapa lagi personaliti TV3 yang kemudiannya mengambil langkah untuk mengenakan tudung di kepala.

Terbaru, seorang lagi personaliti TV3 iaitu Azizah Ariffin tampil buat pertama kali di depan kamera dengan bertudung tatkala mengendalikan Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran pada pukul 12.02 tengahari, 10 Jun lalu.

Ayu dan anggun sekali Azizah ketika itu yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 pada tarikh yang sama.

“Sebetulnya, saya telah menetapkan sasaran untuk bertudung pada usia 40 tahun. Tetapi, Alhamdulillah, sasaran saya itu dapat dipercepatkan. Bagus juga, mana tahu usia tidak sempat mencecah 40 tahun.

“Ramai juga yang terkejut tapi saya banyak terima komen positif,” katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis kesyukuran yang diadakan di rumahnya di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menyambung bicara, bekas graduan jurusan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya ini menjelaskan bahawa jiwanya lebih tenang sebaik mengenakan tudung.

Mendapat reaksi positif daripada pengurusan TV3, Azizah berkata, selain bertudung, dia berhasrat untuk menambahkan lagi perkara-perkara baik dalam kehidupannya.

“Saya dan keluarga banyak pergi ke majlis-majlis ilmu dan ceramah agama. Usia pun makin meningkat. Oleh itu saya mahu menenangkan jiwa dengan perkara yang baik-baik,” katanya.

Kekal di WHI atau berhijrah?
Selepas mengenakan tudung, persoalan mengenai sama ada Azizah bakal terus bersama WHI atau ke program bercorak agama turut diajukan.

Ringkas menjawab persoalan, Azizah mengatakan dirinya masih tetap bersama WHI.

“Tidak semestinya kalau bertudung kita akan mengendalikan program bercorak agama sahaja. Saya masih bersama WHI dan saya mahu menonjolkan ciri-ciri muslimah moden dalam program itu,” jelasnya.

Menjalani kehidupan bahagia
Detik 18 Ogos 2007 pasti tidak dapat dilupakan oleh personaliti TV3 ini. Menamatkan zaman janda bersama Mohd. Khafairil Mohd. Khalil, 28, Azizah kini meniti hidup bahagia.

Bersama tiga anaknya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Danial Afiq Rohaizal, 13, Haikal Afiq, 9, dan Ashriel Afiq, 7, Azizah bersyukur kerana suaminya merupakan insan yang amat memahaminya.

“Syukur Alhamdulillah. Kehidupan kami amat bahagia. Danial, Haikal dan Ashriel juga tinggal bersama-sama saya dan suami,” jelasnya.

Berharap kehadiran cahaya mata
Januari lalu, Azizah dikhabarkan mengalami keguguran. Ketika itu, usia kandungannya hampir mencecah lima bulan.

Dikatakan bersedih terhadap apa yang menimpa, Azizah bagaimanapun menyatakan dirinya tidak patah semangat.

“Saya dan suami akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata,” kata Azizah yang berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang.

Setia bersama TV3
Memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di TV3 sejak 1996, Azizah kemudiannya diberi kepercayaan untuk mengendalikan rancangan Nona bersama Norjuma Habib Mohamed bagi menggantikan tempat Normala Samsuddin pada 2004.

Tahun demi tahun, Azizah semakin menonjolkan bakatnya sebagai pengacara dan dia dipindahkan ke WHI. Selain hos, dia merupakan penerbit bagi rancangan tersebut.

Melihatkan kerjayanya bersama TV3 yang menunjukkan peningkatan membanggakan, Azizah kini sudah semakin selesa dengan stesen televisyen berkenaan.

Justeru, dia yang pernah berkhidmat di RTM sebelum itu memberitahu dirinya akan tetap setia untuk bersama TV3.

“Buat masa ini, memang saya tidak ada perancangan untuk berhijrah ke mana-mana stesen televisyen yang lain. Jika diizinkan, saya akan meneruskan kerjaya bersama TV3,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.