saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/06/2008

Elaun sewa rumah RM130 jika pendapatan RM700 sebulan

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyediakan elaun sewa rumah RM130 kepada rakyat berpendapatan RM700 ke bawah sebagai langkah meringankan beban golongan berkenaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan (gambar) berkata, pemberian elaun itu sebenarnya sudah lama wujud, tetapi maklumatnya tidak sampai kepada golongan sasaran menyebabkan ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudannya.

''Orang ramai hanya perlu berurusan dengan persatuan penduduk di tempat mereka dan menunjukkan bukti kelayakan serta mendapatkan sokongan.

''Kementerian berkenaan seterusnya akan melakukan kaji selidik untuk menilai sama mereka layak untuk menerima bantuan berkenaan,'' katanya pada sidang akhbar selepas membuat lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Cheras di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai masalah medan selera yang dihadapi oleh penduduk PPR Laksamana yang telah lama siap di bina tetapi tidak boleh digunakan kerana tiada ciri-ciri keselamatan.

Saravanan menjelaskan, beliau akan melakukan lawatan semula bersama pihak Bahagian Penjaja DBKL secepat mungkin bagi meninjau masalah itu sebelum tindakan susulan.

''Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di semua kawasan PPR Wilayah Persekutuan bagi memastikan kemudahan keperluan asas disediakan secukupnya.

Saravanan juga menasihatkan supaya masalah penduduk harus didekati melalui persatuan penduduk atau datang terus ke kementeriannya dan bukan dengan cara menunjuk perasaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.